Gegar Vaganza 2021

Aliff Aziz Juara Gegar Vaganza 8, Kaut RM100,000

gempak
Amri Hassan
23/01/2022
16:04 MYT
Sponsor Banner
Aliff Aziz Juara Gegar Vaganza 8, Kaut RM100,000
Betul-betul luar biasa! Penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz berjaya merebut gelaran juara Gegar Vaganza 8 (GV8) yang bersiaran secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada Ahad.
Aliff, 31, menewaskan lima peserta lain menerusi mempersembahkan lagu Sampai Syurga secara solo dan lagu Dealova duet bersama Hafiz Suip, manakala segmen battle berentap bersama Aweera menerusi lagu Bangun (Aman Ra).
Dalam ucapan kemenangan, Aliff berkata, kejayaan yang diperoleh itu adalah untuk semua yang terlibat dalam program berkenaan dan rezeki keluarganya.
"Allahuakbar! Alhamdulillah segala pujian bagi Allah atas kejayaan ini. Terima kasih kepada peminat dan keluarga saya di rumah. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya, kemenangan ini milik semua," kata Aliff.
Kemenangan itu melayakkannya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro.
Penyanyi Nikki Palikat selaku naib juara menerima hadiah kemenangan berupa wang tunai RM50,000 berserta sebuah trofi manakala tempat ketiga pula milik Suki Low membawa pulang RM30,000.
Tempat keempat pula menjadi milik Adibah Noor dengan hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi dan tempat kelima Azan Scan (RM15,000) manakala keenam pula menjadi milik Aweera (RM10,000).
Aweera turut memenangi Anugerah Betul-Betul Luar Biasa Digi RM5,000 dan Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak.
Kesemua peserta perlu menyelesaikan dua tugasan iaitu nyanyian (solo & duet) dan pusingan battle antara mereka.
Setiap persembahan dinilai oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat manakala juri jemputan penyanyi rap terkenal Joe Flizzow.
Konsert akhir GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad bersama Jihan Muse
Berikut merupakan markah penuh persembahan finalis GV8:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024