Hiburan

Dikritik Minum Ais Lepas Habis Berpantang, Intan Najuwa Terus Nak Jadi Kucing - “Semoga Puas Hati Makcik”

gempak
Asyikin Mayudin
24/01/2025
09:25 MYT
Sponsor Banner
Dikritik Minum Ais Lepas Habis Berpantang, Intan Najuwa Terus Nak Jadi Kucing - “Semoga Puas Hati Makcik”
Gara-gara berkongsi video mempromosikan minuman sejuk di kafe miliknya, pelakon Datin Intan Najuwa menerima kritikan daripada netizen di laman Instagram.
Rata-rata netizen mempertikaikan tindakan Intan minum minuman berais hampir tamat tempoh berpantang anak pertamanya.
Intan bagaimanapun menerusi Instastory berseloroh mahu menjadi seorang kucing memandangkan ramai netizen mempersoalkan perkara tersebut.
“‘Mak aku pantang tak minum ais’, ‘jiran aku pantang tak sentuh ais’, ‘nenek aku pantang minum itu ini’, ha lagi apa lagi, apa lagi…
“Aku laaaaaaaa redho (reda) saja la. Aku jadi kucing jela senang. Gara gara saya minum ais, sekarang saya jadi kucen (kucing) dah. Semoga puas hati makcik,” kongsi Intan.
Malah pelakon berusia 28 tahun ini turut menggunakan ‘filter’ kucing menerusi perkongsian tersebut.
Sekadar info, pelakon drama Racun Raihana itu telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ahmad Azraf pada 18 Ogos lalu.
Intan melahirkan cahaya mata pertama bernama Imane Lunara secara pembedahan pada 15 Disember tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024