Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Cliff Umar Ramal Aliff Aziz Bakal Juara GV8! Nikki, Adibah & Suki Pula ... "Saya Tiada Nasihat Sebab Tak Layak Tapi ..."

Amri Hassan
17/12/2021 09:55 MYT
Juara Gegar Vaganza 7 (GV7), Cliff Umar meramalkan penyanyi berasal dari Singapura, Aliff Aziz bakal menyandang gelaran juara GV8 tahun ini.

Namun, Cliff beranggapan Aliff punyai pencabar terdekat iaitu Nikki Palikat, Adibah Noor dan Suki Low sepanjang perjalanan GV8.

"Ramalan saya mungkin Aliff Aziz bakal jadi juara. Manakala Nikki, Adibah dan Suki Low akan berada di tangga teratas GV8.

"Saya tiada nasihat untuk peserta GV8 sebab saya rasa tak layak pun. Tapi saya ada mesej kepada semua peserta untuk bergembira selagi boleh.

"Jadikan pentas GV ini untuk diri sendiri dan orang yang sentiasa menyokong kita. Love what you do," katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Cliff menyifatkan tidak adil untuk melabelkan dirinya juara yang kurang menyerlah memandangkan kemenangannya dijulang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

"Tak masuk akallah kalau keluar apa-apa produk ketika PKP tapi lagu banyak dah siap seperti yang dirancang dan akan ada lagu bersama Meet Uncle Hussain dan band metal, Legion.

"Ada juga beberapa lagu lagi untuk album. Isteri saya juga sedang merancang untuk karier saya dan akan ada banyak lagi yang akan datang.

"Selain itu, saya juga cuba menceburkan diri dalam bidang lakonan. Watak yang diberikan pun menarik dan mengikut keselesaan saya," ujarnya muncul dengan telefilem Bayang.



Bayang merupakan debut Cliff dalam bidang lakonan, menyandang watak antagonis dah digandingkan bersama Hazama.

"Semua orang di set penggambaran sangat profesional dan memudahkan kerja kami. Dengar cakap dan lakonkan emosi yang sesuai untuk babak-babak tertentu.

"Hazama banyak membantu saya untuk hidupkan watak. Tapi saya harus puji produksi yang sangat profesional," tambahnya.

Bayang mengisahkan tentang kehilangan Lisa, seorang penyiasat yang menjadi misteri kerana berkait rapat dengan kes-kes pembunuhan yang sedang disiasatnya bersama seorang rakannya, Azam. Seorang jurugambar amatur bernama Joni, menjadi petunjuk kepada misteri kehilangan Lisa.

Bayang turut dibarisi Ayiee Floor88, Cik Manggis dan Syean Mokhtar.

Saksikan Bayang pada hari Sabtu, 18 Disember pukul 9 malam di Astro Citra dan Citra Exclusive. Anda juga boleh strim #OnDemand menerusi aplikasi Astro GO, Astro PVR Box atau Ultra Box!

A post shared by Bambam Studios (@bambam_studios)


#pelakon #Gegar Vaganza #Aliff Aziz #Hazama #Juara #Bayang #Telefilem #GV7 #Cliff Umar #GV8