GV8: Bersyukur Belum Tersingkir, Upiak Isil Menangis Lagi - "Saya Sudah Cuba Sehabis Baik, Itu Saja Saya Mampu"
Amri Hassan
21/12/2021 12:40 MYT
21/12/2021 12:40 MYT
Bintang Gegar Vaganza 8 (GV8), Upiak Isil memanjatkan rasa syukur kerana masih terselamat daripada penyingkiran konsert minggu kelima Ahad lalu.
Kongsi Upiak, 35, dia mengalirkan air mata di pentas apabila namanya muncul di paparan skrin pada segmen akhir Ada Lagu Ada Lagi.
"Apabila berada di tangga paling bawah saya berserah saja kepada rezeki. Ini pertandingan, adatlah di atas atau di bawah.
"Memang betul, saya ada terfikir juga akan tersingkir pada minggu ini sebab saya ada melakukan kesilapan ketika persembahan tapi Alhamdulillah syukur masih diberikan peluang lagi untuk mara ke minggu keenam dalam GV," katanya kepada Gempak.
Ditanya punca Upiak sekali lagi mengalirkan air mata ketika namanya diumumkan belum tersingir, jawab penyanyi yang berasal dari Bukit Tinggi, Indonesia itu, air matanya tanda kesyukuran.
"Saya menangis tanda saya bersyukur dapat mara lagi minggu depan. Saya setuju dengan komen juri-juri tapi saya sudah melakukan sehabis baik setiap minggu.
"Itu saja yang saya mampu lakukan. Insya-Allah pada minggu ini saya akan buktikan kepada penyokong.
"Memang ada perasaan berdebar-debar apabila dapat menyanyikan lagu duet pada minggu ini tapi saya akan cuba tampilkan kelainan dengan pasanagn duet saya," tambah Upiak.
Pada konsert keenam Ahad ini, Upiak akan menyanyikan lagu duet Sembunyi (Misha Omar dan Andy Flop Poppy) bersama bintang Big Stage, Usop.
Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
GV8 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.
Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.
Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.