,
Gegar Vaganza 2021

“Lagu Senang Tak Semestinya Senang” - Saiful Apek Akui Tak Mudah Bawa Lagu Better Man Secara Duo, Kondisi Suara Pula..

Hanafis Haris
05/12/2021
11:12 MYT

Bintang Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) Saiful Apek akui membawakan lagu Better Man nyanyian Robbie Williams tidak semudah yang disangka.

Menurutnya, biarpun lagu berkenaan disifatkan agak mudah bagi pandangannya sebelum ini, namun ia ternyata berbeza di pentas GV.

“Pada saya lagu ni senang, pada saya lah, tapi rupa-rupanya lagu senang tak semestinya senang.

“Tambah pula bila dinyanyikan secara duo, kalau solo kira lain.

“Tapi bila berdua ni dia kena balance,” katanya.

Ditanya bagaimana persediaan vokal untuk kumpulan SaYa beraksi pada minggu ketiga GV8, Apek menyatakan kondisi suaranya agak membimbangkan.

“Cerita di sebalik perjalanan GV8 ini lebih lagi daripada persediaan vokal.

“Macam awak dengar suara saya pun not in good condition. Ramai yang tanya persediaan vokal bagaimana, tapi Is more than that.

“Vokal tu memang ya, tiap-tiap minggu konsisten, cuma bila kondisi suara yang tak mengizinkan kerisauan itu mula datang.

“Bila tahu ramai expectation terlampau tinggi, komen kat media sosial memang ramai tak percaya SaYa dapat lagu Better Man.

“Harapnya kami dapat lakukan terbaik, doakan,” katanya.

Untuk rekod, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.

Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Video Jelingan Di Backstage Konsert Tular, Ini Respons Siti Nurhaliza

gempak
15/04/2024
02:00 MYT
Sepotong video yang memaparkan secebis momen ‘genting’ sewaktu konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza berjaya meraih perhatian orang ramai baru-baru ini.
Hiburan

Menjengah 3 Dekad Dalam Industri, Siti Masih Kekal Penyanyi No. 1 Negara

gempak
13/03/2024
12:00 MYT
Meskipun sudah beberapa hari berlalu, masih segar dalam ingatan momen-momen yang berlaku pada konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 9 Mac lalu.
Laman Utama

Fazley Yaakob Dedah Kerap Terima Tawaran Sertai Politik! - "100 Kali Fikir Pun Jawapan Saya Tetap ..."

gempak
26/12/2022
03:51 MYT
Apa pendirian Fazley Yaakob?
Gegar Vaganza 9

GV9: Tomok Pecah Rekod Markah Kreativiti Persembahan Paling Tinggi, Ramli MS Dedah Puncanya; “Saya Tak Pernah Bagi Markah Setinggi Itu…”

gempak
24/10/2022
14:00 MYT
Tomok pecah rekod markah kreativiti persembahan
Gegar Vaganza 9

GV9: Bintang Dah Mula Tunjuk Taring, Ramai Tak Sabar Tunggu Lagu-Lagu 'Antara Benua' Malam Ni! Jom Refresh List ....

gempak
23/10/2022
04:00 MYT
Playlist GV9 minggu ke-6