Ramai Powerhouse, Siap Ada Cef & Penyanyi Negara Seberang? Ini Fakta Menarik Tentang GV8 Anda Wajib Tahu!
Telah memasuki musim kelapan, program realiti nombor satu Malaysia Gegar Vaganza akhirnya bakal berlangsung malam ini.
Membuka tirai menerusi tagline ‘Bintang Kembali Menyengat’, pentas berprestij Gegar Vaganza lapan (GV8) akan menjadi medan penentu bagi 13 pesaing utama untuk bergelar juara.
Namun, bagi yang mungkin terlepas pandang tentang perkara menarik mengenai GV8, ini antara fakta menarik anda perlu tahu!
#1 Pertarungan Powerhouse!
Bintang GV8 kali ini menyaksikan beberapa ‘power vokal’ turut berentap dan antaranya termasuklah Adibah Noor, Nikki Palikat, Aweera.
Ketiga-tiga bintang ini dikatakan bakal memberi persaingan sengit!
#2 Wakil Rock Wajib Ada!
Terkenal dengan penampilan bertopeng dan genre muzik rock, Bandi Amuk juga membuat kejutan apabila turut sama beraksi di pentas GV!
Bagaimana pula jika Bandi menyanyikan lagu genre dangdut atau irama Malaysia? Sama-sama kita saksikan.
#3 Kumpulan Hip-hop 90-an Tidak Terkecuali
Nama NICO dikatakan singkatan kepada 'Network International Chicanos Organization'.
Antara kumpulan rap terawal Malaysia yang dianggotai oleh Nico, Affa dan Dino pastinya ini pastinya bakal mencuri tumpuan ramai pada konsert GV8!
#4 Kumpulan Komedi Pertama Masuk GV!
Jangan tak percaya, Saiful Apek dan Yassin telah menjadi kumpulan pelawak pertama yang bertanding di pentas GV!
Tidak mahu dibayangi dengan kumpulan Senario, Apek dan Yassin kini bersedia untuk menyahut cabaran setiap minggu dengan pelbagai tugasan.
#5 Wakil Dangdut
Terkenal dengan gaya nyanyian dangdut, pastinya ramai ingin melihat sisi berbeza Ani Maiyuni!
#6 Gabungan Indonesia & Singapura
Menariknya kali ini, GV8 juga menampilkan dua peserta dari negara jiran.
Antaranya termasuklah Aliff Aziz dari Singapura dan Upiak dari Indonesia.
Adakah mereka bakal menjadi pesaing terhebat GV? Saksikan bermula malam ini!
#7 Otai Masih Berbisa!
Pemilik nama Noorhazan Rashid atau lebih dikenali sebagai Azzan merupakan bekas vokalis Kumpulan Scan.
Sebelum menyertai kumpulan Scan, dia merupakan penyanyi solo dan menghasilkan album Inspirasi pada tahun 1993.
Untuk Shidee pula, penyanyi otai ini merupakan penyanyi era 80-an yang sangat popular dengan lagi 'Sayang Semuanya Sudah Terlambat ' dan Jamilah.
Pastinya kehadiran kedua-dua mereka bakal membuatkan ramai tidak sabar menantikan konsert setiap minggu!
#8 Cef Pun Ada, Memasak Di Pentas Tak?
Cef Selebriti, Datuk Fazley Yaakob yang sangat terkenal dengan lagu Asmara Ini mengejutkan ramai peminatnya apabila membuat keputusan untuk memasuki GV musim terbaru.
Apapun, ramai yang tidak sabar melihat kejutan yang bakal dibuat Fazley. Malah, ada juga yang berimaginasi supaya Fazley memasak di pentas GV8! Eh!
#9 Satu Dalam Sejuta!
Pernah menewaskan Alif Satar dan Faizal Tahir dalam satu pertandingan realiti, Suki Low pastinya bakal memberi persaingan cukup hebat.
Sejauh mana persembahan Suki berentap dengan bintang lain, sama-sama kita saksikan konsert GV8!
Jangan tak percaya guru vokal popular, Datuk Syafinaz Selamat sah sertai Datuk Ramli MS (Tok Ram) dan penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang sebagai juri tetap.
Selain itu, pengacara hebat Nabil Ahmad dan Jihan Muse juga kekal hos utama musim terbaru.
Oleh itu, jangan lupa saksikan GV8 jam 9 malam ini di Astro Ria dan Astro Go.
Untuk rekod, juara GV8 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 serta trofi manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang RM50,000 dan RM30,000 termasuk trofi.
Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing akan menerima hadiah berupa wang tunai bernilai RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 serta trofi.
Penerbitan GV8 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.
Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku penaja bersama.