“Saya Memang Lama Suka Masdo” - Pasangan Duet Minggu Ke-6, Adibah Noor Bangga Dengan Ali! Terus Perjuangkan Irama…
Bintang Gegar Vaganza lapan (GV8) Adibah Noor menyifatkan kehadiran ahli kumpulan Kugiran Masdo, Ali Sariah pada persembahan minggu lalu sebagai satu perkara yang cukup ‘rare’ dan berbeza.
Menurut Adibah, dia telah lama mengenali kumpulan Kugiran Masdo dan cukup berbangga dengan perjuangan irama Pop Yeah Yeah yang mereka lakukan.
“Saya memang suka kumpulan Masdo, suka apa yang mereka perjuangkan irama Pop Yeah Yeah yang sekarang jarang orang nak appriciate.
“Jadi bila dapat Ali, saya seronok. Saya sangat okay dengan Ali kerana sebelum ni pun kami dah bekerja dalam beberapa event, mereka sangat cool dan masing-masing masuk air,” katanya.
Jelas Adibah, dia juga bertanggapan ‘keunikan’ pada persembahannya minggu lalu tidak mungkin terhasil jika dia mendapat pasangan duet yang sudah dijangka peminat.
“Apabila Ali, dia macam rare dan unexpected. Alhamdulillah, Ali pun bagi all his best.
“Saya bagitahu Ali, Tok Ram kata tak cukup ‘sarkas’ dekat persembahan Ani Maiyuni, jadi kita bagi ‘sarkas’ okay, jangan risau just enjoy,” katanya.
Adibah Noor berkata demikian usai persembahannya bersama Ali yang membawakan lagu Tanya Sama Itu Hud Hud (Datuk M Nasir).
Menerusi persembahan berkenaan Adibah menerima markah sebanyak 71.9%, sekali gus berjaya berada di kedudukan tiga teratas.
Upiak Isil pula menjadi bintang GV8 ketiga yang tersingkir pada konsert minggu keenam tersebut.
Penyanyi kelahiran Indonesia itu mendapat markah 56.3% gagal meneruskan perjuangan pada minggu yang berbaki cuma empat konsert.
Upiak yang menyanyikan lagu Sembunyi (Misha Omar ft Andi Flop Poppy) bersama Usop gagal memuaskan hati juri.
BACA : GV8: Beza 0.1% Dengan Bandi Amuk, Upiak Isil Tersingkir Dengan Markah ...