Gegar Vaganza 2021

Sejenis Beri & Boleh Kilaukan Barangan Leather? Ini Fakta Menarik & Pelik Buah Pisang Yang Ramai Tak Tahu!

gempak
Hanafis Haris
29/12/2021
08:23 MYT
Sponsor Banner
Sejenis Beri & Boleh Kilaukan Barangan Leather? Ini Fakta Menarik & Pelik Buah Pisang Yang Ramai Tak Tahu!
Sebut saja buah pisang pasti ramai yang susah terbayang rasa kelazatannya. Sudahlah berkhasiat, mudah pula tu dibawa ke mana- mana.

Lihat saja bagaimana hampir setiap makanan mahu digabungkan dengan pisang.

Roti pisang, cucur pisang, lempeng pisang ataupun manisan moden, semuanya wajib ada pisang!

Namun, dalam pada ramai yang gemarkan buah ini, sejauh mana mereka mengetahui sejarah atau fakta menarik tentang pisang?

Banyak sebenarnya fakta unik dan ‘rare’ tentang pisang dan ini antara yang anda perlu tahu!

#1 Pisang ‘Gros Michel’ Antara Terawal

Rupanya spesies pisang klasik yang sering dimakan pada zaman dahulu dipanggil Gros Michel.

Spesis ini alternatif yang lebih manis berbanding kepada pisang moden.

Namun, disebabkan bencana pada tahun 1965 di Amerika Tengah dan Selatan, kebanyakan petani bertukar ke pelbagai jenis pisang moden.

#2 Gilap Barangan Kulit Anda Dengan Kulit Pisang!

Produk kulit seperti beg tangan atau kasut sebenarnya boleh digilap dengan bahagian dalam kulit pisang. Macam tak percaya kan?

Tapi itulah hakikatnya, anda hanya perlu gosok kulit pisang pada barangan dan kemudian lap dengan kain. Pasti berkilau!

#3 Ada 1,000 Jenis Pisang Seluruh Dunia?

Rupanya Terdapat lebih daripada 1000 jenis pisang yang berlainan tumbuh dan ditanam seluruh dunia. Banyak bukan?

Kesemua pisang ini dibahagikan kepada 50 kumpulan. Ada yang manis, seperti pisang ‘cavendish’ yang paling banyak dieksport.

#4 Pisang Sejenis Beri? Tapi Strawberry Bukan?

Secara saintifiknya, pisang adalah sejenis beri sedangkan strawberry pula tidak.

Untuk diklasifikasikan sebagai beri, buah itu haruslah mengandungi benih di dalam isi, bukan di luar.

Maka disebabkan itu pisang juga adalah ‘keluarga’ beri.

#5 Pisang Pilihan Penyanyi Kelas A!

Siapa sangka rupanya penyanyi antarabangsa kelas A seperti Alicia Keys, Adele, dan Katy Perry semuanya meminta untuk disediakan buah pisang ketika berada di pentas belakang.

Pisang wajib ada ketika mereka mahu membuat persembahan. No wonder suara sedap!

Suka Pisang Tapi Jangan Sampai Pishanggg!

Sebut tentang fakta pisang ini , jangan tak tahu Farm Fresh telah pun mengeluarkan produk terbaru Susu Pisang Farm Fresh.

Apa yang membuatkan Susu Pisang Farm Fresh ini berbeza dengan susu lain di pasaran, sudah tentunya ia menggunakan bahan semula jadi. No artificial please!

Gabungan kombo hebat puri pisang dan susu segar berkrim pastinya membuatkan rasanya lazat dan segar. Ah terliur!

Oh, paling penting susu pisang ini diperbuat daripada puri pisang sebenar. Jadi tiada istilah rasa macam esen.

Selain itu Susu Pisang Farm Fresh juga langsung tidak menggunakan sebarang bahan pewarna, atau pengawet.

Jadi apa tunggu lagi? Dapatkan susu yang rasanya paling pisang okay!

Farm Fresh & Yayasan Didik Negara, Jangan Lupakan Kanak-Kanak Ini!

Selain mengeluarkan produk baru dan lazat untuk dinikmati, Farm Fresh juga tidak sesekali melupakan golongan kurang bernasib baik.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh Azmi Zainal​, selepas negara memasuki fasa endemik, banyak pihak memberi tumpuan untuk memulihkan sektor ekonomi negara.

Namun ramai yang terlupa atau terlepas pandang mengenai nasib dan masa depan anak-anak malang ini.

“Justeru kami dari Farm Fresh mahu mengajak rakyat Malaysia sama ada individu mahupun pihak korporat yang pemurah sama-sama berkongsi rezeki menyumbang dalam tabung ini untuk diagihkan kepada anak-anak yatim yang terlibat,” katanya.

Difahamkan, Farm Fresh Berhad telah menyumbang sejumlah RM500,000 kepada Yayasan Didik Negara (YDN) untuk diagihkan terutamanya kepada murid-murid yang terkesan kerana kehilangan ibu bapa akibat pandemik Covid-19.

Orang ramai dan badan korporat juga diseru untuk turut sama memberikan sumbangan bagi membantu pendidikan anak-anak ini

Semenjak Covid-19 melanda negara seramai 5,173 murid-murid terkesan dan bilangan ini dijangka bertambah setiap hari.

Kempen kutipan sumbangan Tabung Didik Kasih Anak Yatim Farm Fresh ini akan berlangsung secara berterusan dan menyasarkan kutipan berjumlah RM3 juta. ​

Hulurkan sumbangan, ringankan beban mereka, kongsi rezeki anda dengan menyumbang kepada Tabung Didik Kasih Anak Yatim Farm Fresh di sini, https://www.billplz.com/yayasandidiknegara

Jadi Mengapa Ada Semua Digalakkan Membuat Sumbangan?

Jangan tak tahu, sebenarnya banyak manfaat dan kebaikan sekiranya kita kerap atau rajin menghulurkan sumbangan secara ikhlas.

Antaranya termasuklah:

#1 Buatkan Kita Lebih Gembira

Sebenarnya perasaan yang baik atau perbuatan murni memberi kesan terhadap biologi kita.

Perkara ini dibuktikan dalam kajian Michael Norton (Profesor Sekolah Perniagaan Harvard) yang mana dia mendapati semangat peserta diangkat lebih tinggi apabila memberi bantuan kepada orang lain.

#2 Baik Untuk Kesihatan

Laporan juga telah menunjukkan bahawa pemberian kepada orang lain telah meningkatkan kesihatan terhadap manusia.

Penyelidik berpendapat sebab utama bersedekah itu membantu meningkatkan kesihatan fizikal dan panjang umur adalah kerana ia membantu mengurangkan tekanan yang dikaitkan dengan isu-isu kesihatan.

So nak sihat, banyakkan bersedekah!

#3 Hulur Bantuan Sosial

Apabila anda membantu seseorang, ia akan membuatkan hubungan anda dan pihak lain lebih rapat khususnya buat mereka yang menerima sumbangan tersebut.

Secara tak langsung ia akan membuatkan hubungan sesama manusia itu lebih erat.

#4 Cetus Rasa Syukur

Memberi sumbangan boleh menjadi cara terbaik untuk mengucapkan terima kasih atau menyemai rasa syukur.

Kesyukuran ini adalah penting untuk kebahagiaan, kesihatan dan kehidupan sosial.

Menurut penyelidik Barbara Fredrickson, memupuk rasa syukur dalam kehidupan seharian adalah salah satu kunci untuk meningkatkan kebahagiaan peribadi.

5) Beri Contoh Baik Pada Orang Sekeliling

Apabila kita menghulurkan bantuan, ia boleh memberi kesan positif terhadap orang di sekeliling.

Tidak mustahil jika tindakan mulia anda turut diikuti oleh pihak lain.

Kajian sendiri membuktikan bahawa individu yang permurah hati turut menggalakkan orang lain untuk melakukan perkara yang sama. Bak kata penyelidik, ripple effect!

Jadi apa tunggu lagi?

Mari kita mulakan amalan bersedekah, tolong menolong untuk masa depan kanak-kanak di bawah Yayasan Didik Negara (YDN) seperti mana yang sedang digiatkan oleh pihak Farm Fresh!

Jangan lupa juga untuk nikmati susu pisang terbaru daripada Farm Fresh.

Untuk membuat sumbangan, anda boleh terus ke pautan di sini, https://www.billplz.com/yayasandidiknegara

Untuk maklumat lanjut anda juga boleh terus ke Facebook Farm Fresh.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live