Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Upiak Ada Sixth Sense, Kerap Kerasukan Sejak 4 Bulan Lalu - "Kalau Seru 'Benda Tu' Muncul Sebagai Kuntilanak, Ular & ..."

Amri Hassan
18/12/2021 14:55 MYT
Bintang Gegar Vaganza 8 (GV8), Upiak Isil mendedahkan dirinya punyai keistimewaan deria keenam (sixth sense) sejak kecil.

Hal itu menyebabkan dia boleh mendengar suara-suara ghaib dan merasai 'kehadiran' makhluk dari alam lain di luar kawalannya.

Namun, itu bukan hal yang menggembirakan bagi Upiak!

"Kalau boleh saya memang tak nak benda-benda ini, minta jauhlah. Saya bernasib baik kerana saya tak dapat melihat 'benda' itu, keistimewaan itu cuma tertumpu pada perasaan dan pendengaran saja.

"Masih saya ingat, kalau ada orang mati, misalnya di kawasan kejiranan di rumah di Indonesia, kalau masa nak tidur, mesti ada dengar suara-suara ghaib. Mungkin ada antara si mati itu mahu meminta tolong kerana ada urusan di dunia yang tidak beres," katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Upiak memberitahu dia kerap diganggu sejak empat bulan lalu sebelum menyertai GV8. Namun Upiak sudah mendapatkan rawatan sepatutnya sebelum datang ke Malaysia.

"Ini kejadian betul. Saya selalu kena rasuk dan bukan satu yang cuba ‘mengambil-alih’ badan saya ini. Banyak! Setiap kali terkena, keluarga termasuk makcik dan pakcik sayalah yang akan berusaha membawa saya berubat di kampung.

"Sampai dah tak tahu nak berubat macam mana lagi sebab masih belum benar-benar pulih. Benda itu tidak dapat mengambil alih badan saya sepenuhnya, cuma separuh.

"Saya bukan tidak cuba melawan, tetapi adakala tetap tewas juga, tidak sedarkan diri.

"Jujurnya saya tak boleh menolak benda ini. Kata perawat yang mengubati, kalau ditolak, saya akan jadi bodoh, seperti orang yang tak tahu apa-apa. Jadi, apa yang boleh saya lakukan ialah meletakkan penjarakkan padanya.

"Cuma kalau kita seru, 'benda' itu akan datang dalam pelbagai rupa seperti kuntilanak, ular dan macam-macam lagi," ujarnya.

Tidak menafikan situasi yang terjadi kepadanya mungkin disebabkan pendamping keturunan keluarganya dahulu kala.

Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

GV8 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.

Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.
Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.
#Viral #Gegar Vaganza #Indonesia #Upiak Isil #GV #Seram #GV8 #Kerasukan #Pendamping