Gegar Vaganza 6
12 Bintang GV2019 Semua Hebat-Hebat, Juri Pun Pening Nak Pilih Siapa Terbaik!
Demam Gegar Vaganza 2019 (GV2019) sudah bermula dan selepas konsert kedua malam tadi, tinggal 12 bintang meneruskan perjuangan pada minggu hadapan.
Masing-masing telah menunjukkan kehebatan tersendiri dan ternyata Naqiu, Hady Mirza, Sham Visa, Nurfatima, Feeza, Wan, Roy, Noorshila Amin dan One Nation Emcees berada di kedudukan selesa.
Namun, nasib tidak menyebelahi Kool, Jatt, Ameer Sofazr yang berada di tangga tercorot selain Mazleela yang tersingkir akhirnya.
Pastinya tak mudah buat bintang-bintang GV2019 untuk memikirkan persembahan mereka pada
minggu seterusnya. Tetapi jangan risau, Uphamol 650 kan ada!
Yang pasti, ketiga-tiga juri Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan juri jemputan Datin Julie Sudiro pening dan ternyata sukar untuk membuat pilihan untuk menentukan bintang mana yang terbaik minggu ini.
Malah, Ramli sendiri ada menyatakan, dia harus 'menghalalkan' kekurangan bintang yang telah mempamerkan kehebatan menyanyikan lagu sendiri pada minggu sebelum ini.
"Kalau dilihat kebanyakan lagu yang dinyanyikan pada minggu pertama adalah lagu mereka sendiri.
Sebab itu saya 'halalkan' kesalahan mereka.
"Saya faham mereka sudah lama tidak menyanyi di pentas besar, tambah pula ada masalah teknikal
dan perasaan gemuruh. Jadi, saya harapkan persembahan mereka lebih hebat pada minggu akan datang," kata Ramli.
Jadi, bagi melegakan pening untuk membuat keputusan setiap minggu, penyelesaian terbaik adalah
Uphamol 650!
Seperti mana taglinenya "Satu je... lega", Uphamol 650 juga menjadi pilihan hos GV2019, Nabil
Ahmad untuk bergandingan dengan Jihan Muse mengendalikan rancangan itu setiap minggu.
Uphamol yang disahkan halal telah melancarkan pek tablet Uphamol 650mg 2 x 10 yang dijual
dengan harga RM4.99 di Guardian.
GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di
Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Must-Watch Video