Gegar Vaganza 6
Bukan Rezeki Wann & Noorshila Amin, 6 Bintang Layak Ke Final GV2019!
Setapak untuk ke final Gegar Vaganza 2019 (GV2019), dua bintang Wann dan Noorshila Amin terpaksa akur apabila tersingkir pada pusingan separuh akhir yang berlangsung di Auditorium MBSA Shah Alam malam tadi.
Pentas akhir minggu hadapan bakal menyaksikan enam bintang berentap untuk merebut gelaran juara GV2019 iaitu Hady Mirza, Naqiu Boboy, Jatt Ali, Nurfatima, Sham Visa dan kumpulan One Nation Emcees.
Dalam pusingan separuh akhir malam tadi, Wann yang menyanyikan dua buah lagu iaitu Ku Gembira Di Sampingmu dan Dua Insan (duet bersama Zarul Umbrella) meraih kedudukan ketujuh.
Manakala, Noorshila Amin yang memberikan persembahan bertenaga menerusi lagu Kerana Terpaksa dan Dialah Di Hati (duet bersama Ifa Raziah) berada di kedudukan tercorot dan gagal menambat hati juri.
Pusingan separuh akhir GV2019 diadili oleh Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan juri jemputan Datuk M. Nasir.
Pada minggu hadapan, bintang GV2019 bakal berentap dalam dua pusingan iaitu secara solo dan battle.
Juara GV2019 bakal memenangi hadiah wang tunai RM100,000, pakej percutian ke Eropah Timur, pakej pengubahsuaian kediaman dan trofi.
Manakala tempat kedua dan ketiga bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan RM30,000 berserta pakej percutian ke Korea dan China.
Sementara tempat keempat, kelima dan keenam masing-masing bakal memenangi hadiah wang tunai RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 berserta pakej percutian dan trofi.
GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV2019 turut ditaja bersama oleh Adabi, Cuckoo, Powercat, Uphamol dan Digi selaku telco rasmi.
Foto: Azrul Rafie
Must-Watch Video