,
Gegar Vaganza 6

"Tiga Hari Sebelum Konsert Dah Sakit, Badan Kejang Ketika Rehersal" - Sabhi Saddi Sakit Apa?

Amri Hassan
12/11/2019
07:29 MYT
"Memang sakit ketika terhempas di lantai pentas, mujur tak kena rangka besi," cerita anggota kumpulan One Nation Emcees (ONE), Sabhi Saddi mengimbas detik menakutkan ketika konsert kelima Ahad lalu.
Jelasnya, dia bernasib baik kerana badannya yang terjatuh ketika penghujung lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi hanya terkena pada bahagian lantai yang lembut.
Bercerita lebih lanjut, kata Sabhi tiga hari menjelang konsert kelima Gegar Vaganza 2019 (GV2019), dia terpaksa melakukan fisioterapi kerana urat badannya tegang.
"Urat bahagian belakang badan saya bengkak dan saya ada menjalani fisioterapi.
"Mengikut kata doktor, otot badan saya terlalu stress dan rawatan yang boleh dibuat ialah meregangkan otot itu," katanya yang menyifatkan situasi itu pertama kali berlaku kepadanya.
Dedah anggota kumpulan ONE lain, Sabhi langsung tidak boleh bergerak ketika sesi rehearsal pada hari sama konsert.
"Ketika rehearsal dia sudah tak boleh terlalu banyak bergerak. Manakala, pada petang Ahad ketika sesi 'camera blocking' dia langsung tak boleh bergerak dan kejang. Ketawa pun sakit," kata Jojo.
Mengharapkan doa dan keajaiban pada minggu keenam, kata Mimi mereka harus saling menyokong dan lebih kreatif untuk persembahan lagu baharu kelak.
"Sudah tentu Sabhi kena banyakkan berehat dan kami doakan dia segera pulih. Latihan akan berjalan seperti biasa dan saya pasti semangat Sabhi sangat kuat!
"Kejadian ini tak akan patahkan semangat kami dan pasti akan ada cara lain untuk membuat persembahan pada minggu ini. Kami sendiri harus lebih kreatif," kata Mimi.
Insiden yang menimpa Sabhi pada konsert Ahad lalu mengejutkan ramai hingga hos GV2019, Jihan berkali-kali bertanyakan keadaan penyanyi itu yang terjatuh amat kuat ketika langkah akhir tariannya.
Malah, pada sesi pengumuman 'Ada Lagu Ada Lagi', Sabhi terpaksa duduk di kerusi bersama rakan-rakannya susulan insiden itu.
GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Deritai Lumpuh Separuh Badan, Nenek Mimi Fly Meninggal Dunia

gempak
15/10/2022
02:30 MYT
Nenek Mimi Fly Meninggal Dunia
Masked Singer 2

TMSM2: Disangka Bujang Senang, Hun Haqeem - “How I Wish Suara Sedap Macam Sabhi Saddi”

gempak
23/03/2022
11:13 MYT
Suara Hun pun boleh tahan ya.
Laman Utama

“Alhamdulillah, Berkat Doa Semua…Zydee Dah Balik Rumah & Akan Jalani Fisioterapi Selepas Ini” – Kozae One Nation Emcess

gempak
01/10/2021
13:10 MYT
Semoga Zydee terus diberikan kesembuhan...
Laman Utama

Ibu Dan Bapa Disahkan Positif Covid-19, Sabhi Saddi Bimbang Keadaan Keluarga Di Kampung

gempak
26/08/2021
10:20 MYT
Hati siapa tak risau...Ibu bapa jauh di mata pula...
Hiburan

Ganti Mimi Fly, Adeline Tsen Diangkat Sebagai Ahli Baru One Nation Emcees

gempak
17/02/2020
10:11 MYT
Unitar