Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"35 Hari Terlantar Di Hospital, Dia Mandikan Saya... Tak Pernah Mengeluh" - Muss

Amri Hassan
17/12/2020 00:20 MYT
Bintang Gegar Vaganza 7 (GV7), Muss tersentuh dengan pengorbanan isterinya, Suraya yang setia di sampingnya ketika susah senang.

Mengimbas semula kisahnya terlantar di hospital dua tahun lepas akibat koma selepas diserang demam panas, Suraya Bahari sentiasa di sisinya tanpa mengeluh.

"Inilah tulang belakang saya..23 tahun kami kahwin sampai sekarang. Bila waktu susah dia tak pernah mengeluh.

"2 tahun lepas saya terlantar di hospital selama 35 hari dia sentiasa di sisi..mandikan saya cuci punggung saya masa di hospital dulu, tak pernah dia mengeluh.

"Selepas sakit dulu saya ada masalah memori susah nak ingat..saya akan bertanya perkara yang sama berulang kali dan isteri saya akan menjawab berulang kali juga dengan penuh sabar.

"Dia juga yang menguruskan karier saya, dia memang akan sentiasa di sisi saya. Thank you my love," tulis Muss menerusi Instagramnya.

A post shared by im mus (@immus2020)


Coretan hati Muss itu menyentuh perasaan peminatnya yang turut terharu dengan pengorbanan Suraya di sampingnya selama lebih dua dekad.

Ada yang turut melayangkan doa agar pasangan itu kekal hingga ke syurga.
#Isteri #May #koma #Demam Panas #GV7 #Gegar Vaganza 7 #Muss #GV2020 #Suraya
;