,
Gegar Vaganza 7

Corat-Coret GV7: Lupa Lirik, Lari Tempo... Tok Ram Tak Ada Komen Nak Bagi Nomad

Mya Amri
08/11/2020
23:49 MYT
Konsert kelima Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) menyaksikan Nomad diumumkan sebagai bintang tersingkir.
Nomad menerima jumlah markah sebanyak 41.40%.
BACA: Nomad Tinggalkan Pentas GV7, 18% Perbezaan Markah Dengan Yantzen!
Selain kehebatan konsert, banyak perkara berlaku sepanjang GV7 yang berlangsung pada Ahad.
Di sini Gempak kongsikan corat-coret GV7 minggu kelima antaranya:
1. Busana yang digayakan Nabil menarik perhatian penonton. Pelbagai gelaran yang diberikan kepada hos GV7 itu termasuklah ais krim solero dan glow in the dark. 2. Gelagat lucu Yantzen sewaktu klip video berkenaan hobinya yang suka menonton berita membuatkan netizen geli hati. Mereka juga mengusik Yantzen dengan menyarankan bintang GV7 itu layak menyertai Maharajalawak Mega.
3. Rozita Izlyn hampir terjatuh tetapi nasib baik dapat kawal. Peminat risau dengan ‘ekor’ busana yang panjang nampak dan agak bahaya sebab Rozita asyik terpijak.
4. Bahagian akhir nyanyian Rozita agak ‘Scooby Doo’ disebabkan terkejut dengan kehadiran Hun Haqeem yang membawa bunga untuk beri kejutan.
5. Tok Ram bakal jadi pengacara untuk program terbaharu, Sedapur bersama Tok Ram bermula 12 November, setiap Khamis, pukul 9 malam di NAURA (saluran 109).
6. Ashira sebak, produksi buat kejutan, bawa anak datang jumpa.
7. Jihan tegur lipstik Linda melekat pada bahagian tepi gigi, mujur Linda jenis cool siap balas “kenapa tak beritahu tadi,” sambil ketawa. 8. Persembahan Nomad menjadi topik hangat netizen.
9. Usai membuat persembahan, Tok Ram tidak dapat memberikan sebarang komen untuk Nomad. Malah Nomad secara jujur juga mengakui persembahannya agak teruk.
11. Bagaimanapun Tok Ram memuji usaha, kerja keras dan ketekunan Nomad dalam memperbaiki setiap persembahannya saban minggu.
12.Datuk Hattan juga memberikan komen ringaks terhadap Nomad. "Kalau saya, saya pilih main badminton," ujarnya.
13. Pakailah apa sahaja pun, Noraniza Idris tetap comel. Ramai yang puji baju dan juga styling yang dipakai oleh Kak Ani. Love teruklah!
14. Nabil joget macam kuda sewaktu Noraniza Idris menyampaikan lagu Nakal Nakal Nakal nyanyian asal Ayda Jebat.
Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.
Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gegar-vaganza-11

GV11: Tema ‘Kembali Menyengat’ Jadi Taruhan Di Pentas Pembukaan, Semak Senarai Lagu Minggu Pertama

gempak
22/11/2024
11:25 MYT
Dengan bertemakan “Kembali Menyengat” 14 peserta yang bersaing akan membawakan lagu hit pertama mereka dalam industri seni suara.
gegar-vaganza-11

GV11: Sudah Lama Menanti, Yazid Lovehunters Siap Sedia Beraksi - “Sebenarnya Saya Dah Lama..”

gempak
18/11/2024
13:55 MYT
Menurut Yazid, dia sudah lama menantikan peluang untuk menyertai program yang sudah masuk edisi kesebelas itu.
gegar-vaganza-11

GV11: Nai Dinamik Pernah Buat Keputusan Untuk Tinggalkan Dunia Hiburan - “Saya Balik Ke Sarawak Untuk Beri Fokus Kepada Keluarga”

gempak
14/11/2024
03:55 MYT
Nai yang juga merupakan peserta Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) menjelaskan keputusan yang dibuatnya itu adalah untuknya memberi tumpuan kepada keluarga dan juga agama.
gegar-vaganza-11

GV11: Reshmonu Teruja, Sahut Cabaran Nyanyikan Lagu Dangdut - "Itu Memang Susah, Saya Pun Tak Dengar ..."

gempak
11/11/2024
03:55 MYT
Sebagai penyanyi, Reshmonu memandang GV ini merupakan satu konsep pertandingan yang serius berbanding program, Masked Singer yang pernah dia sertai dahulu.
gegar-vaganza-11

GV11: Ambil Cuti Tanpa Gaji & Tak Minum Ais Langsung, Fairuz Selamat Cabar Diri Mahu Bolos Ke Final – “Kita Dah Lama Tak Menyanyi, Bagilah Peluang”

gempak
10/11/2024
08:50 MYT
Penyanyi Fairuz Selamat mengakui penyertaannya dalam program realiti nyanyian popular Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) adalah peluang terbesar dalam karier nyanyiannya.
Unitar