,
Gegar Vaganza 7

Corat-Coret GV7: Tatu Cliff Umar, Tudung Pendek Uyaina & Air Mata Yantzen...

Mya Amri
15/11/2020
23:36 MYT
Minggu ini konsert keenam Gegar Vaganza musim ketujuh menyaksikan Rozita Izlyn diumumkan sebagai bintang tersingkir.
Rozita yang berada di kedudukan terakhir menerima jumlah markah sebanyak 57.40%.
BACA: Kurang Sihat, Rozita Izlyn Tersingkir Di Minggu Keenam GV7!
Selain kehebatan konsert, minggu ini terdapat pelbagai perkara berlaku sepanjang GV7 berlangsung pada Ahad.
Di sini Gempak kongsikan corat-coret GV7 minggu keenam antaranya:
1. Nabil mengusik Jihan dengan mengatakan pasangan hosnya itu mengayakan fesyen burung kerana busananya berbulu.
2. Great opening Kak Ani dan Amelina! Lagu Bolehlah Boleh versi Bollywood! Dah macam pesta Diwali. Meriah!
3. Oh! Kalau nak tahu Kak Ani dan Amelina tak pakai kasut tau, legend berdua ini berkaki ayam ya sebab nak menari. Love ke tidak!
4. Ramai yang kata bila tengok Muss dan Datuk Awie terus teringat lakonan mereka dalam filem Hantu Kak Limah.
5. Penonton GV7 rasa tak percaya bila tengok Muss pakai baju bunga-bunga. Heheh
6. Walaupun dah enam minggu bersiaran, GV7 masih lagi menjadi trending ya. Wow!
7. Rozita nampak tak selesa atas pentas, rupanya memang tak sihat. Rozita mengalami bengkak tonsil.
8. Uyaina yang hadir sebagai tetamu jemputan untuk mempromosikan minggu akhir drama Perempuan Tanpa Dosa menjadi perhatian netizen kerana tudung dipakainya kelihatan agak pendek di bahagian belakang.
9. Ramai terpukau dengan persembahan Oja dan Black. Wow Oja dah mula tunjuk taring guys!
10. Yantzen tidak dapat menahan sebak selepas mendapat kejutan dari pihak produksi dan mendengar suara anaknya memberikan ucapan dan suntikan semangat. Satu dewan sebak ya.
11. Cliff Umar akhirnya memberi penjelasan mengenai tatunya. “Saya dibesarkan oleh keluarga angkat dan mereka bukan islam (non-muslim), ketika itu buat tatu adalah perkara ‘in’ di zaman itu. Jadi saya buat dan waktu itu tidak ada orang tegur yang benda itu salah,” jelasnya sewaktu rakaman video dimainkan di GV7.
12. ”Cabut telinga capang, kembalikan gigi Jihan yang dulu,” antara gurauan Datuk Rosyam yang kononnya merupakan ahli kelab peminat Tok Ram.
13. Datuk Awie rekod persembahan juara GV4, Aishah. Fanboy much eh Tok Wi? Heheh comel.
Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.
Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gegar-vaganza-11

GV11: Tema ‘Kembali Menyengat’ Jadi Taruhan Di Pentas Pembukaan, Semak Senarai Lagu Minggu Pertama

gempak
22/11/2024
11:25 MYT
Dengan bertemakan “Kembali Menyengat” 14 peserta yang bersaing akan membawakan lagu hit pertama mereka dalam industri seni suara.
gegar-vaganza-11

GV11: Sudah Lama Menanti, Yazid Lovehunters Siap Sedia Beraksi - “Sebenarnya Saya Dah Lama..”

gempak
18/11/2024
13:55 MYT
Menurut Yazid, dia sudah lama menantikan peluang untuk menyertai program yang sudah masuk edisi kesebelas itu.
gegar-vaganza-11

GV11: Nai Dinamik Pernah Buat Keputusan Untuk Tinggalkan Dunia Hiburan - “Saya Balik Ke Sarawak Untuk Beri Fokus Kepada Keluarga”

gempak
14/11/2024
03:55 MYT
Nai yang juga merupakan peserta Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) menjelaskan keputusan yang dibuatnya itu adalah untuknya memberi tumpuan kepada keluarga dan juga agama.
gegar-vaganza-11

GV11: Reshmonu Teruja, Sahut Cabaran Nyanyikan Lagu Dangdut - "Itu Memang Susah, Saya Pun Tak Dengar ..."

gempak
11/11/2024
03:55 MYT
Sebagai penyanyi, Reshmonu memandang GV ini merupakan satu konsep pertandingan yang serius berbanding program, Masked Singer yang pernah dia sertai dahulu.
gegar-vaganza-11

GV11: Ambil Cuti Tanpa Gaji & Tak Minum Ais Langsung, Fairuz Selamat Cabar Diri Mahu Bolos Ke Final – “Kita Dah Lama Tak Menyanyi, Bagilah Peluang”

gempak
10/11/2024
08:50 MYT
Penyanyi Fairuz Selamat mengakui penyertaannya dalam program realiti nyanyian popular Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) adalah peluang terbesar dalam karier nyanyiannya.
Unitar