Gegar Vaganza 7

GV7: Muss Kembali Rampas Takhta! Ini Recap Dan Komen Juri Di Suku Akhir

gempak
Mya Amri
30/11/2020
04:35 MYT
Sponsor Banner
GV7: Muss Kembali Rampas Takhta! Ini Recap  Dan Komen Juri Di Suku Akhir
Tiada lagi kata-kata tagline stay cute apabila perjalanan Yantzen terhenti di pentas suku akhir Gegar Vaganza (GV7).
Selepas ini pasti penonton akan merindui gelagat lucu dan sporting Yantzen.
BACA: Kecundang Di Pentas Suku Akhir, Yantzen 'Cool, #Staycute
BACA: Corat-Coret Suku Akhir GV7: Cliff Umar Kena Tampar, Muss Pula Naik Syeikh
Minggu ini persembahan bintang dinilai oleh juri tetap GV7, Datuk Ramli Ms dan Datuk Khadijah Ibrahim manakala juri jemputan pula adalah Datuk Syafinaz Selamat.
Berikut merupakan markah penuh dan recap komen juri di minggu suku akhir.
1.Muss - Seragam Hitam (69.80%)
“Kalau cakap fasal aura dan persona memang Muss. Dari segi nyanyian siapa saya untuk merungkai persembahan dia, apa yang saya boleh cakap lthank you very much,” - Mamat Khalid
2.Linda Nanuwil - Teringin (62.20%)
“Saya rasa awak mengalami sedikit kepayahan dekat bahagian korus. Maafkan ibu tapi ibu rasa tambahan bahagian lakonan di pentas itu agak mengganggu konsentrasi awak. Saya minta maaf ini pendapat saya. Kalau awak dapat fokus tadi saya rasa awak boleh buat lebih baik, apa-apa pun awak buat dengan baik,” - Datuk Khadijah Ibrahim
3.Ayu Damit - Rahsia Pohon Cemara (60.90%)
“Seronok tengok awak menyanyi, saya rasa sukar nak cari cacat cela persembahan awak,” - Mamat Khalid
4.Noraniza Idris - Anak Kampung (60.60%)
“Persembahan yang sangat antarabangsa, mempertahankan budaya. Kalau saya orang luar saya akan kata ini budaya kita,” - Mamat Khalid
5.Oja - Memori Cinta Luka (59.60%)
“Overall persembahan steady sangat relax cuma ada buat silap sikit. Tapi bagi saya bila kesilapan kecil tetapi pandai cover adalah lebih baik daripada tak tahu buat apa. Cuma kena jaga-jaga sikit the pitch. Lower note hujung nyanyian jaga sikit. Persembahan steady cuma kalau dari segi interpritasi, saya mengharapkan sedikit rintihan,” - Datuk Syafinaz
6.Ashira - Nur Kasih (56.10%)
“Head tone tak kuat, mulut besar sgt tapi itu buruk untuk awak sahajalah. Awak, awak improve sangat banyak. Apa yang kurang itu cuba apa sahaja untuk improve,” - Datuk Ramli MS
7.Cliff Umar - Pesanan Buat Kekasih (55.70%)
“Persembahan ini lebih kontrol berbanding yang keroncong sebelum ini. Tetapi awak kena lebih sensitif dengan lirik. Awak dan juga bintang-bintang lain ada identiti sendiri. Tapi apa yang saya lihat malam ini persembahan awak lebih baik,” - Datuk Syafinaz
8.Yantzen - Segalanya Ku Terima (44.50%)
“Feel awak untuk lagu ini menakjubkan, lirik-lirik yang disampaikan seolah-olah ini adalah pengalaman berkaitan dengan hidup. Awak buat dengan baik,” - Datuk Khadijah Ibrahim
Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.
Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024