Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

GV7: Nomad Jadi Topik Hangat Netizen! Ini Recap & Komen Juri Minggu Kelima!

Mya Amri
09/11/2020 04:30 MYT
Persembahan Nomad di konsert kelima Gegar Vaganza (GV7) ternyata menjadi topik hangat netizen.

Antara perkara diperkatakan adalah mengenai Nomad yang sering terlupa lirik sewaktu melakukan persembahan.

BACA:Corat-Coret GV7: Lupa Lirik, Lari Tempo... Tok Ram Tak Ada Komen Nak Bagi Nomad

Bagaimanapun perjalanan Nomad terhenti selepas diumumkan sebagai bintang yang tersingkir di minggu kelima.

BACA: Nomad Tinggalkan Pentas GV7, 18% Perbezaan Markah Dengan Yantzen!

Minggu ini persembahan bintang dinilai oleh juri tetap GV7, Datuk Ramli Ms dan Datuk Khadijah Ibrahim manakala juri jemputan pula adalah Datuk Hattan.

Berikut merupakan markah penuh dan recap komen juri di minggu kelima.

1. Cliff Umar - Sedang Ingin Bercinta (73.80%)

“Minggu ini awak datang dengan big bang! Awak buat homework, awak deliver, awak penghibur, awak perfomer. Ini yang kita nak tengok,” - Datuk Khadijah Ibrahim


2. Ashira - Yang Terindah Hanyalah Sementara (73.60%)

“Ibu happy malam ni sebab awak beri sesuatu yang kita tunggu selama lima minggu ini. Sebutan clear, pernafasan bagus. Awak menyanyi dengan baik malam ini,” - Datuk Khadijah Ibrahim.


3. Ayu Damit - Awan Yang Terpilu (72.80%)

“Ayu setiap minggu sangat konsisten dan saya tahu awak boleh buat lebih baik pada hari ini. Mungkin kerana terlalu berhati-hati, sedap tu memang sedap tetapi rasanya awak boleh buat lagi sedap. Sebab saya pernah tengok dia buat lagi baik dari ini,” - Datuk Hattan


4. Noraniza Idris - Nakal Nakal Nakal (72.60%)

“Belajar kat mana sebut nyanyi ‘jahat’ tu, kuang ajo. Kuang ajo tu maksudnya cantik dan cute,” - Datuk Ramli Ms


5. Muss - Takdir Penentu Segala (67.00%)

“Kalau ada menteri rock dia menteri kanan tapi persembahan malam ini tak boleh hantuk persembahan dulu yang sewaktu Sri Kandi Cinta. Muss dalam mana-mana persembahan pun dia sangat konsisten. Terbaik Muss!” - Datuk Hattan.


6. Aju - Kau Lupa Janji (66.80%)

“Sedikit sahaja Aju, perkataan setiap kali dan bila masuk korus dah semangat. Saya tengok tiap-tiap minggu persembahan awak makin meningkat. Lepas itu awak kena jaga tempo,” - Datuk Khadijah Ibrahim


7. Rozita Izlyn - Lelaki Idaman (64.20%)

“Sekarang dah cergas, dah menari, menyanyi pun dah faham. Awak banyak berubah cuma bahagian "hey" tu sahaja ada Scooby doo. Tapi awak lambat panas, bahagian belakang dah okay depan itu sahaja yang kurang, secara keseluruhannya awak sangat improve! Vibrato dah kurang itu paling penting,” - Datuk Ramli Ms


8. Linda Nanuwil - Jangan Kau Mimpi (62.80%)

“Saya tengok awak setiap minggu konsisten tetapi minggu ini saya harap awak dapat bawa next level tapi saya tengok bawah sedikit dari minggu lalu. Kalau boleh nak tengok di luar kemampuan awak. Minggu ini seperti persembahan selamat,” - Datuk Hattan


9. Oja - Ketulusan Hati (62.60%)

“Saya suka lagi dia main gitar, dia untung dekat lagu ni sebab tone dia dekat dengan Anuar Zain tapi range dia lagi besar. Tapi Oja kalau nak nyanyi falseto kena kuat sikit. Feel tu dah ada. Dia ni multitalented, dia main gitar memang sedap!” - Datuk Hattan


10. Yantzen - Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi (60.00%)

“Dah empat minggu saya dengar awak menyanyi, memang saya akan potong dari segi pitch sebab salah. Tetapi jiwa, cara kamu menyanyi, rocker menyanyi lagu balada, saya kena bagi untuk kamu minggu ini. Jelas dan boleh rasa, keep it up,” - Datuk Ramli Ms


11. Nomad - Kasih Latifah (41.40%)

“Saya tak nak komen, dah tak ada point nak potong. Tapi awak sangat tekun dan sangat berkerja-keras. Tapi terus-terang markah awak paling rendah,” - Datuk Ramli Ms


Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.


#Gegar Vaganza #GV7 #Racap Dan Komen Juri
;