Gegar Vaganza 7

GV7: Semua Ke Final! Ini Recap Dan Komen Juri Di Separuh Akhir

gempak
Mya Amri
07/12/2020
05:19 MYT
Sponsor Banner
GV7: Semua Ke Final! Ini Recap Dan Komen Juri Di Separuh Akhir
Konsert separuh akhir Gegar Vaganza (GV7) menyaksikan kesemua bintang mara ke final.
Bintang yang berada di kedudukan terendah iaitu Cliff Umar menyatakan rasa syukur kerana masih mempunyai rezeki untuk ke peringkat akhir.
BACA: Corat-Coret GV7: Terkejut, Muka Cliff Umar Memang Tak Boleh Control
BACA: Tiada Penyingkiran Di Pentas Separuh Akhir, Apa Pula Kejutan GV Kali Ini?
Minggu ini persembahan bintang dinilai oleh juri tetap GV7, Datuk Ramli Ms dan Datuk Khadijah Ibrahim manakala juri jemputan pula adalah Datuk Syafinaz Selamat dan Jay Jay.
Berikut merupakan markah penuh dan recap komen juri di minggu separuh akhir.
1. Oja - Biso Bonar & Fantasia Musim Cinta (69.90%)
“Such an attitude on stage, fantastic. Satu persembahan yang mantap. Awak overcome benda lain untuk berikan yang terbaik. Malam ini adalah antara yang terbaik,” - Datuk Khadijah Ibrahim
2. Muss - Rock You Like A Hurricane & Kasih (68.50%)
“Deliver dengan baik sekali. Kita tahu ini makanan awak tetapi saya lebih tertarik dengan lagu keroncong sebab saya rasa dia lebih seksi, soothing, lembut ldan sangat-sangat bagus. Saya enjoy,” - Datuk Syafinaz
3. Linda Nanuwil - Teruskanlah & Anak (68.30%)
“Hari ini awak cemerlang, feel dekat lagu pertama tu secukup-cukupnya dan lagu kedua pula, saya sangat gembira. Sepatutnya awak menyanyi macam ini,” - Datuk Ramli MS
4. Ashira - Don’t Speak & Peluang Kedua (65.40%)
“Lagu pertama mula-mula awak balada biasa kemudian awak tukar mood lagu dengan beat ada macam hip hop, very interesting. Lagu kedua sebutan okay, apa yang saya dengar, overall okay, saya terhibur,” - Jay Jay
5. Ayu Damit - Dia & Skyfall (65.30%)
“Satu persembahan bagi saya amat menakjubkan sebab saya rasa awak amat bernasib baik sebab dua-dua lagu itu sesuai dengan tone suara awak. Bagi saya secara peribadi tiada cacat cela, sejujurnya cemerlang dan good job,” - Jay Jay
6. Noraniza Idris - Bisikanlah Cinta & Chaiyya Chaiyya (55.10%)
“Untuk lagu pertama saya harap awak nyanyi lebih smooth movement from phase to phase. Pada saya lagu kedua lebih menjadi dari lagu pertama. Saya kena bagi kredit untuk awak sebab saya rasa awak penyanyi yang sangat bijak pilih lagu yang sesuai dengan awak tapi secara keseluruhannya pada saya ia adalah persembahan yang selamat,” - Datuk Syafinaz
7. Cliff Umar - Tercipta Untukku & Hoi Fut Tin Hung (55.00%)
“Kita tahu dia seorang performer, basically pada malam ini saya fokus pada feel iaitu cara penyampaian dan ibu dapat merasai lagu mandarin yang awak nyanyikan dan awak berjaya bawakan dengan baik,” - Datuk Khadijah Ibrahim
Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.
Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live