Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Kenapa Ada Kat GV7? Jihan Muse Dengan Alif Satar Dua Hari Lepaskan?” – Nah! Ini Penjelasannya

Fiza Kamarudin
22/11/2020 22:30 MYT
Pengacara Gegar Vaganza (GV), Jihan Muse tampil memberi penjelasan selepas ada warganet yang mempertikai kehadirannya di pentas GV7 pada minggu ini.

Spekulasi mula timbul apabila ada warganet berkongsi di laman sosial foto dan video Jihan Muse bersama Alif Satar ketika mengacarakan sesi XTravaganza With Xpander anjuran Mitsubishi Motor Malaysia.

Persoalan yang timbul adalah, Jihan kononnya tidak menjalani kuarantin kendiri selepas pasangan hosnya dalam program yang berlangsung pada Sabtu lalu itu disahkan positif Covid-19.

“Kepada yang tertanya-tanya, program itu memang ditayangkan semalam tetapi itu adalah program rakaman yang telah kami rakam pada 11 November lalu.

“Saya telah berhubung dengan pengurus Alif dan semua pihak yang terlibat dalam lingkungan waktu tersebut.

“Macam manapun sama-sama kita doakan Alif cepat sihat dan juga individu-individu di sekeliling beliau,” katanya.

Tambah Jihan lagi dia tetap menjalankan tugas seperti biasa semalam (Ahad) namun akan melakukan prosedur seterusnya.

“Walaumacam manapun saya akan tetap jalankan tanggung jawab saya. Esok atau selepas habis GV malam ini saya akan buat swab test.

“Malam ini saya perlu menjaga SOP semaksimum yang boleh dan orang di sekeliling saya pun menjaga SOP masing-masing. Pakai pelitup muka, pakai sarung tangan.

“Buat masa ni Alhamdulillah…kita doa yang baik-baik,” katanya.

Pada petang Ahad, pengacara dan pelakon Alif Satar mengesahkan dirinya positif Covid-19 dan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Melaka.
#Jihan Muse #Alif Satar #GEGAR #Vaganza #GV7 #Mitsubishi Motor Malaysia #XTravaganza With Xpander
;