Gegar Vaganza 7

Khadijah Ibrahim Jawab Rungutan Netizen! – “Tak Adil Kalau Saya Tekankan Pada Teknikal, Kerana Mereka Penyanyi Profesional

gempak
Fiza Kamarudin
29/10/2020
04:30 MYT
Sponsor Banner
Khadijah Ibrahim Jawab Rungutan Netizen! – “Tak Adil Kalau Saya Tekankan Pada Teknikal, Kerana Mereka Penyanyi Profesional
Juri Gegar Vaganza (GV) 7, Datuk Khadijah Ibrahim menjawab kritikan netizen yang kurang senang dengan cara beliau memberikan komen kepada para bintang.
Khadijah atau lebih mesra disapa Tok Kat berkata adalah tidak adil sekiranya dia memberi komen mengenai teknikal para bintang kerana mereka merupakan penyanyi dan pemuzik profesional.
Oleh sebab itu beliau memilih untuk memberi pandangan dan tips kepada para bintang supaya mereka dapat melakukan penambahbaikan dalam persembahan seterusnya.
“Orang-orang di luar sana mereka tidak faham tentang nyanyian, orang punya stress di atas pentas dan sebagainya.
“Mereka nak suruh ibu komen sesuatu yang ibu rasa tak fair untuk profesional singer seperti bintang GV7 di atas pentas.
“Sebab itu ibu hanya memberi pandangan dan tips-tips yang kadang-kadang kita faham apa yang dimaksudkan.
“Kalau saya nak tekankan pada teknikal seperti low notes, flat notes, high notes benda-benda macam ni bintang GV semua dah tahu sebab mereka semua profesional.
“Ini adalah program hiburan, we just enjoy the show…Kita memberi tips kepada peserta untuk menambah baik persembahan mereka,” tegasnya yang sentiasa beralas ketika memberi komen kepada para bintang.
Tok Kat merupakan juri tetap program GV sejak dari musim pertama sehingga lima dan berehat pada musim keenam sebelum menggalas kembali tugasan tersebut tahun ini.
Bagaimanapun Tok Kat, sentiasa mengambil pendekatan untuk tidak mengendahkan perkara tersebut. Pada musim terdahulu Tok Kat pernah dikritik kerana sering menyampai pesanan berupa salam daripada pihak-pihak tertentu kepada hos dan bintang GV sehingga mengundang rasa kurang senang penonton.
Beliau juga pernah dikritik kerana sering kali menyebut nama pereka busananya pada setiap konsert mingguan GV5.
Apapun Gempak salute Tok Kat kerana selalu positif menangani isu ini. Bagi beliau, setiap orang berhak untuk berkata apa sahaja yang mereka mahu mengenai program yang mereka tonton.
Selain Tok Kat, GV7 turut menampilkan Datuk Ramli MS sebagai juri tetap dan juri jemputan pada setiap minggu.
Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.
Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024