,
Gegar Vaganza 7

“Mujur Saya Tak Stay Di KL Kalau Tak…” – Ibu Aju Meninggal Dunia Dua Hari Selepas Sesi Fotografi GV7

Fiza Kamarudin
24/09/2020
12:24 MYT
Vokalis kumpulan Success, Aju meluahkan rasa lega kerana sempat bertemu ibunya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada 6 September lalu.
Aju berkata, Allahyarham ibu Hanisah Hj Ismail meninggal dunia pada usia 70 tahun akibat jangkitan kuman pada buah pinggang dan kegagalan organ.
“Sebenarnya saya berbelah bahagi untuk hadir sesi fotografi Gegar Vaganza 7 (GV7) pada 4 September lalu, tetapi ibu kata tak perlu bimbang dan dia minta saya pergi.
“Bila sampai di KL, sepanjang sesi fotografi fikiran saya hanya pada ibu dan tidak begitu fokus kerana bimbangkan arwah.
“Perasaan tersebut juga yang menyebabkan saya bergegas pulang ke Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan sebaik sahaja sesi fotografi tamat.
“Saya bersyukur kerana Allah SWT jentik hati saya untuk terus pulang dan tak stay di sini (Kuala Lumpur), kalau tak mesti saya tidak dapat bertemu dengan arwah buat kali terakhir,” katanya sebak.
Tambah Aju, dia sempat meluangkan masa kali terakhir bersama Allahyarham ibunya selama dua hari berturut-turut di hospital.
“Alhamdulillah, saya sempat bermanja dengan ibu sehingga saat dia menghembuskan nafas terakhir. Selama ini ibulah tempat saya bermanja.
“Saya anak bongsu, selepas ayah saya meninggal ibulah segalanya buat saya. Saya mengaku saya ini ‘anak emak’. Terasa hilang separuh nyawa saya,” katanya.
Mengulas mengenai penyertaannya dalam GV7, Aju berkata selepas pemergian ibu, pentas GV menjadi tempat untuknya menghilangkan rasa kehilangan.
“Saya tahu pentas GV7 adalah tempat bertanding, tetapi saya berserah kepada Allah SWT, jika ada rezeki buat saya sehingga ke peringkat akhir nanti…adalah,” katanya.
Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.
Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.
Konsert mingguan ‘GV7’ pula akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 11 Oktober 2020.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.
Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Petik Nama Bakal Sertai Gegar Vaganza, Ini Respon Wany Hasrita - “Saya Rasa Kena Tunggu..”

gempak
06/09/2024
07:55 MYT
Penyanyi, Wany Hasrita mengulas spekulasi mengatakan dirinya bakal menyertai program, Gegar Vaganza.
Hiburan

“Tak Sangka Itu Yang Terakhir, Fuad Hilang Terus Tak Sempat Ucap…” - Tom

gempak
28/08/2024
02:20 MYT
Penyanyi Tom berkongsi detik pertemuan semula dia dengan suaminya yang juga penyanyi Fuad Rahmad ketika di sidang media program Gegar Vaganza (GV9).
Hiburan

Nabil Ahmad Lihat Aliff Aziz & Bella Astillah Sebagai ‘Loving Couple’ Ketika Di GV - “Saya Percaya Setiap Orang Ada Ujian…”

gempak
06/05/2024
00:55 MYT
Nabil harap semua orang doakan Aliff & Bella.
Laman Utama

All Stars Gegar Vaganza (RECAP): Jaclyn Victor The Best, Liza Hanim 'Gebrek', Syafinaz Sayang Naqiu, Semak Markah Penuh Konsert Finale!

gempak
11/12/2023
02:00 MYT
Recap final Gegar Vaganza 10
Laman Utama

All Stars Gegar Vaganza (RECAP): Tomok Stailo Nyanyi Silang Kaki, Hady Mirza Dapat 'Gebrek', Semua Ke Final!

gempak
04/12/2023
00:15 MYT
Recap separuh akhir
BorakSeeni