Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Muss Nak Cuba Rap - “Memang Tak Ada Hari Rehat”

Mya Amri
08/12/2020 12:40 MYT
Bintang Gegar Vaganza (GV7) Muss akui tidak mempunyai masa rehat yang cukup.

Muss berkongsi pengalamannya itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Menurut Muss, dia kini sedang sibuk membuat persiapan untuk konsert akhir GV7.

“Dengar lagu... Tulis lirik... Dengar lagu lagi, lagu Mencintaimu. Ada kelas dengan cikgu Siti Hajar nak cuba rap pula. Memang tak ada hari yang rehat. GV oh GV,” tulisnya.

A post shared by im mus (@immus2020)


Dalam pada itu, Muss juga menyatakan rasa syukur kerana berjaya hingga ke peringkat akhir.

“Alhamdulillah dapat ke final. Amin. Terima kasih kepada semua peminat yang tak pernah berhenti menyokong dan mendoakan,” coretnya.

A post shared by im mus (@immus2020)


Minggu separuh akhir menyaksikan Muss berada pada kedudukan kedua dengan peratusan markah 68.50%


BACA: Tiada Penyingkiran Di Pentas Separuh Akhir, Apa Pula Kejutan GV Kali Ini?

BACA: Corat-Coret GV7: Terkejut, Muka Cliff Umar Memang Tak Boleh Control

BACA: GV7: Semua Ke Final! Ini Recap Dan Komen Juri Di Separuh Akhir

Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.

#Gegar Vaganza #GV7 #Muss