,
Gegar Vaganza 7

Nyanyi Lagu Kerana Terluka, Ini Nasihat Nourul Depp Buat Haslinda... "Sebelum Nyanyi, Bacakan ..."

Amri Hassan
16/10/2020
01:55 MYT
Bakal menyanyikan lagu Kerana Terluka, bintang Gegar Vaganza 7 (GV7), Haslinda meminta restu daripada penyanyi asalnya Nourul Depp.
Menerusi paparan skrin yang dikongsikan Nourul, Haslinda memohon maaf terlebih awal seandainya penyampaiannya nanti kurang memuaskan hati.
"Saya akan menyanyikan lagu Kerana Terluka minggu kedua GV7 pada Ahad ini. Maaf sekiranya penyampaian saya nanti kurang memuaskan ye kak," tulis Haslinda.

MasyaAllah tabarakallah. Dapat mesej ni pagi pagi tadi. Terkejut saya. Saya doakan untuk @haslinda_sehatisejiwa_official berjalan dengan lancar pada malm nak kena nyanyi #keranaterluka nanti Tak perlu minta restu. Sampaikan sebaiknya. Jangan lupa sebwlum nyanyi nanti, bacakan al fatihah kepada penulis liriknya arwahnya Mama Juwie ya. ???❤️ Semoga terus dimurahkan rezeki. Semoga berjaya nanti. Aminnn aminnn ya rabbalalamin ❤️ ❤️ #nouruldepp #haslindagv7 #gegarvaganza7 #coleugue #singerstosingers Sementara itu, penyertaan @divakurus_by_nouruldepp untuk November telah dibuka! ? Click ➡️➡️➡️➡️ link di bio. Kami jawab Whatsapp nanti. #teamdivakurusbynouruldepp #divakurusbynouruldepp

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on

Bagaimanapun, nasihat Nourul agar Haslinda menyanyikan lagu tersebut dengan caranya tersendiri.
"Jangan risau, nyanyi cara awak sendiri. Buat penyampaian dan stail Linda yang dah memang bagus.
"Jangan bandingkan dengan akak. Memang lagu tu akak dah nyanyi beribu kali. Sudah tentulah lain kan...
"Nyanyi cara Linda. Akak doakan semuanya berjalan lancar," kata Nourul.

Tq akak di atas kata2 semangat yang diberi..??? @nouruldepp Al-Fatihah buat penulis lirik Kerana Terluka Arwah Mama Juwei?semoga roh nya di tempat kn di kalangan orang2 yang beriman..Aminnn #teamhaslinda #GegarVaganza7 #Repost @hsfc_sehatisejiwa_official • • • • • Terima kasih kakak manis @nouruldepp..insyaAllah Linda akan buat yg terbaik..doakan ❤ @haslinda_sehatisejiwa_official Sapa2 nak kurus meh pakat2 join @divakurus_by_nouruldepp..program kurus yg terbukti berkesan tau. #Repost @nouruldepp (@get_repost) ・・・ MasyaAllah tabarakallah. Dapat mesej ni pagi pagi tadi. Terkejut saya. Saya doakan untuk @haslinda_sehatisejiwa_official berjalan dengan lancar pada malm nak kena nyanyi #keranaterluka nanti Tak perlu minta restu. Sampaikan sebaiknya. Jangan lupa sebwlum nyanyi nanti, bacakan al fatihah kepada penulis liriknya arwahnya Mama Juwie ya. ???❤️ Semoga terus dimurahkan rezeki. Semoga berjaya nanti. Aminnn aminnn ya rabbalalamin ❤️ ❤️ #nouruldepp #haslindagv7 #gegarvaganza7 #coleugue #singerstosingers Sementara itu, penyertaan @divakurus_by_nouruldepp untuk November telah dibuka! ? Click ➡️➡️➡️➡️ link di bio. Kami jawab Whatsapp nanti. #teamdivakurusbynouruldepp #divakurusbynouruldepp

A post shared by #HASLINDA CINDERELLA 1995 (@haslinda_sehatisejiwa_official) on

GV 7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Jangan lupa saksikan GV7 yang dibawakan oleh Farm Fresh sebagai penaja utama dan Cuckoo selaku penaja bersama serta Digi merupakan Telco rasmi musim ini.
Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul Kapsul Gegar Vaganza.
Kapsul Gegar Vaganza akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang dan siaran ulangan pada jam 11.30 malam.
Untuk pengisian di platform digital, program Gegar Vaganza Live Plus akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nourul Depp Geram! Netizen ‘Sedap Mulut’ Tuduh Dah Bercerai - “Nanti Mati, Baru Nak Menyesal Jika Tidak Diampunkan”

gempak
26/08/2024
02:55 MYT
Penyanyi, Nourul Depp meluahkan rasa geram dengan sikap individu yang gemar membuat spekulasi mengenai perkahwinannya tanpa mengetahui kepastian tentang sesuatu cerita.
Hiburan

Sedar Nama Dipetik Selepas Konsert Ajai, Nourul Depp Mohon Peminat Tak Buat Perbandingan - “Siapa Pun Boleh Menyanyi Lagu Keliru, Semua Ada Cara Tersendiri”

gempak
09/08/2024
02:55 MYT
Menyedari namanya dipetik selepas Konsert ByAjai & Mega Friends pada Sabtu lalu, penyanyi Nourul Depp bagaimanapun berharap peminat tidak membandingkan cara penyampaian lagu duetnya bersama bekas suami.
Hiburan

Blockout 2024: “Cukuplah, Kita Pula Jangan ‘Berperang’, Spread Love Not Hate” - Nourul Depp

gempak
16/05/2024
08:55 MYT
Penyanyi, Nourul Depp memohon orang ramai supaya tidak menilai atau menjatuhkan hukuman terhadap seseorang hanya kerana isu-isu tertentu.
Hiburan

Ajai Akui Agak Mustahil Untuk Kembali Berduet Dengan Nourul Depp - “Tiada Masalah Dengan Dia, Tapi…”

gempak
06/03/2024
23:55 MYT
Penyanyi dan komposer Ajai mempunyai sebab untuk tidak mengundang bekas isterinya, Nourul Depp ke Konsert ByAjai & Mega Friends yang bakal diadakan di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada 3 Ogos depan
Laman Utama

[VIDEO] “Merangkak Kamu Di Sana Mencari Aku” - Nourul Depp Enggan Maafkan Netizen Kecam Dirinya Raikan Hari Natal

gempak
27/12/2022
04:00 MYT
Tak baik menfitnah