Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

GV9: Makin Sporting & Kelakar! Syafinaz Selamat; "Bila Saya Kata Dulu Saya Gila-Gila Ramai Tak Percaya"

Shahrin Zulkifle
16/11/2022 04:00 MYT
Juri tetap Gegar Vaganza 9 (GV9), Datuk Syafinaz Selamat mendedahkan punca sebenar dirinya dikatakan begitu lucu sewaktu menjurikan program tersebut sehingga dilabel ‘extra sporting’ oleh wargamaya.

Jelas Syafinaz, dirinya menjadi sedemikian adalah disebabkan sudah berasa selesa dengan warga kerja produksi GV9 termasuk hos program berkenaan iaitu Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.

“Saya nampak rileks dan cool mungkin disebabkan Lina (Elly) dan Nabil, saya selesa dengan mereka.

“Kalau saya selesa dengan seseorang itu saya pun naik gila juga. Bila saya kata dulu saya gila-gila ramai yang tak percaya. Orang yang rapat dengan saya je tahu saya macam mana.

“Tak kenal maka tak cinta, jadi tahun ini nampak lebih extra kelakar itu memang sebab dah selesa dengan semua termasuk bonda Hetty dan Tok Ram (Ramli MS) juga,” katanya kepada Gempak.

Terdahulu nama Syafinaz menjadi sebutan di laman Twitter selepas ramai yang mengatakan dia kelihatan begitu lucu dalam memberikan komen kepada bintang GV9.

Malah tidak kurang juga yang mengatakan tahap kelucuan pelantun lagu Ingin Bersamamu itu pada tahun ini lebih extra berbanding tahun terdahulu.

“Datuk Syafinaz makin kelakar makin masuk air”, ciap seorang wargamaya.

“Aku rasa season kali ni happening gila, Datuk Syafinaz yang dulu serius pun tahun ni dia kelakar dan sporting,” kongsi seorang netizen.

“Syafinaz kelakar lain macam musim ini hahaha,” ujar seorang warganet.

undefined
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Elly Mazlein #Nabil Ahmad #Syafinaz Selamat #GV9