Gegar Vaganza 9

GV9: "Saya Dah Nampak, Saya Dapat Rasa, Saya Dah Tahu Mana Akan Pergi" - Roy Kapilla Akui Banyak Buat Silap, Punca Tersingkir...

gempak
Azwa Rahman
26/09/2022
01:58 MYT
Sponsor Banner
GV9: "Saya Dah Nampak, Saya Dapat Rasa, Saya Dah Tahu Mana Akan Pergi" - Roy Kapilla Akui Banyak Buat Silap, Punca Tersingkir...
Bintang Gegar Vaganza 9 (GV9) Roy Kapilla mengakui kesilapannya mempersembahkan lagu Izinkan Selamanya Namamu Di Hati nyanyian asal kumpulan EYE sehingga membuatkan namanya diumum sebagai peserta pertama yang tersingkir.
Menurut Roy atau nama sebenarnya Saufi Abdullah, 54, dia menyedari kesilapan tersebut ketika di atas pentas lagi dan sudah dapat mengagak dirinya yang akan mendapat markah terendah.
“Sebenarnya tadi lagi saya sudah tahu kesalahan saya di mana. Apa yang saya lakukan di atas pentas tadi, saya sudah nampak. Apabila saya pergi ke belakang, saya dapat rasa. Tak perlu tertanya-tanya lagi, saya sudah tahu ke mana saya akan pergi.
“Nyanyian tadi memang banyak yang tak okay. Apa yang juri komen tu, betul. Dalam GV9 ni pun saya yang paling tua, tapi saya berbangga dan mengucapkan terima kasih kepada team produksi GV9. Saya cukup bertuah dapat menyertai musim kali ini. Kepada rakan-rakan GV9 yang lain, teruskan berjuang dan jangan mengalah,” katanya.
Roy ditemui pada majlis sidang media konsert kedua GV9 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor.
Sementara itu, selaku ketua juri, Datuk Ramli MS berkata selain kesilapan dari sudut nyanyian, persembahan 12 bintang lain yang lebih baik daripada persembahan Roy antara punca penyingkirannya minggu ini.
“Berdasarkan daripada tiga minit yang dipersembahkan malam ini, lagu itu sendiri tidak seiring dengan nyanyian. Yang dinilai adalah nyanyian dia. Sepatutnya dia menyanyi seiring dengan muzik.
“Dan ada satu lagi sebab kenapa Roy tersingkir, orang lain menyanyi lagi elok. Itu adalah yang seadilnya,” jelas Tokram.
Hetty Koes Endang pula menyifatkan persembahan Roy sebagai kurang harmoni.
Dalam pada itu, Roy tidak menolak kemungkinan akan kembali aktif dalam industri seni tanah air jika kesihatan dirinya mengizinkan.
Juara GV9 akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.
Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media GV9 turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.
Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan GV9 secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
GV9 berlangsung selama 10 minggu, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 18 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Dapatkan Pek Premium 1 Astro hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan realiti ini di Astro.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live