Gegar Vaganza 9

GV9: Tiada Originality! Tom Tersingkir Dengan Markah 55.20%, Seksi Bob Yusof Menjadi, Markah Tertinggi 85.60%

gempak
Izwan Isa
30/10/2022
16:50 MYT
Sponsor Banner
GV9: Tiada Originality! Tom Tersingkir Dengan Markah 55.20%, Seksi Bob Yusof Menjadi, Markah Tertinggi 85.60%
Langkah Tom terhenti apabila persembahan lagu Akhirnya Kini Pasti nyanyian asal Anita Sarawak mendapat markah terendah pada konsert minggu ketujuh Gegar Vaganza 9 (GV9) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam semalam.
Bertemakan merentas Masa Kencang Selamanya, 10 peserta GV9 diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datin Marlia Musa yang menggantikan Datuk Syafinaz Selamat.
Anugerah Juara Next Level Digi untuk minggu kedua dimenangi oleh Bob Yusof berdasarkan undian peminat menerusi Facebook Astro Gempak dan membawa pulang wang tunai RM1,000.
Selain itu, Bob juga turut memenangi anugerah Bintang Memukau Adabi dan membawa pulang wang tunai RM1,000 dan barangan Adabi bernilai RM500.
Manakala Tomok memenangi Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak berdasarkan undian tertinggi di Facebook Astro Gempak dan membawa pulang sebuah periuk serba guna bertekanan tinggi Cuckoo CH10 bernilai RM2,700.
Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:
Bob (Kasih) - 85.60%
Marlia Musa
Enjoy persembahan Bob. Cuba persembahan tadi seksi sikit. Tak semestinya seksi buka baju. Sebab persembahan Bob menghiburkan, cuma kalau dia interprete seksi sikit mungkin lebih ok atau different.
Shila Amzah (Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu) - 84.10%
Ramli MS
Sememangnya Tuhan tak bagi semua. Kamu tak ada range Ramlah Ram. Kamu ada lower ranger better. Tapi you picked your own version nyanyi lagu ni, saya suka. Sebab lagu Ahmad Nawab sangat melayu. Bila kamu tambah nota lain, dia jadi lain. Overall I like it.
Hetty Koes Endang
Maneuver yang tak over itu yang kita inginkan. Lagu ini sangat kuat. Kamu improvise yang tak over itu pintar. Malam ini lagu kamu sendiri. Nada tinggi tembakan terakhir bagus.
Tomok (Kenangan Lalu) - 81.50%
Ramli MS
Lagu ini originally very big. Hit yang besar. Dia radio song bukan konsert song. Suaa accept konsep awak. Kamu menyanyi dalam story telling. Dua jiwa dalam satu. It’s very good but not as good or as merdu lagu tu. Thank you.
Marlia Musa
Saya ok dengan konsep ni. Tapi dia intense sangat, nak pergi mana Tomok. Sakit sangat nyanyian tu. Bila di verse akhir, itu rasa yang paling legit.
Hetty Koes Endang
Begini rahsianya Tomok. Hati-hati korus pertama masih aman… kamu build up, control tone. Over. Bukan tidak bagus. Boleh kita emosi tapi jangan keterlaluan.
Dina (Lady Marmalade) - 77.10%
Hetty Koes Endang
Dina lagu ini cara nyanyi perlu ada groove dan kamu dapat buat. Keseluruhan dah ok, sebab kamu faham segala ceritanya, pembawakan secara keseluruhan pun okey. Cuma kalau boleh ‘bermain’ dengan wajah, apa pun sukses Dina.
VE (Belaian Jiwa) - 76.70%
Hetty Koes Endang
Minggu ke minggu banyak perubahan. Saya suka sekali, jadi saya kritik bukan apa cuma nak kamu faham dan membangun pada persembahan seterusnya.
Marlia Musa
Saya rasa VE punya persembahan semakin baik dan menghiburkan.
Jaclyn Victor (Di Mana Kan Ku Cari Ganti) - 76.40%
Marlia Musa
Satu persembahan yang menikam jiwa. Saya kira ini memang tribute Jac untuk mendiang papa. Cuma saya berharap kalau dalam nyanyian, lebih ada interaksi antara Jac dengan penari. Kalau you rasa dia adalah figura yang represents the spirit of your father, next time Jac boleh boleh nampakkan interaksi. Takda masalah nyanyian, tapi hujung baru rasa.
Ramli MS
Singing terganggu kut sikit. Well, I don’t have any comment.
Hazrul Nizam (Azizah) - 68.70%
Hetty Koes Endang
Dari awal bunda pelajari kamu itu nada rendah bahus, macho. Tapi harus ingat, saat akhir vibrato kurangkan… jangan terlaly lepas. Kepada semua peserta, kalau ada penari dalam persembahan, manfaatkan. Ini panggung kamu, jangan statik. Kamu boleh ke juri atau penonton pun tak apa. Asal jiwanya dapat. Kalau untuk suara ok, stage performance sahaja kena tambah.
Asheed (Pagi Yang Gelap) - 60.30%
Ramli MS
Berani mencuba sari segi susunan muzik… ada kelainan. Tapi masih bersepah, tak teratur dan tak matang. Tapi ok, sebab awak berani berubah dengan muzik.
Hetty Koes Endang
Lagunya memang cukup mendatar. Tapi kamu sudah berusaha keluar daripada original, cukup bagus. Mudah mudahan untuk minggu depan, kena kerja keras lagi sebab peserta lain semua hebat-hebat.
Fuad Rahman (Hari Ini Dan Semalam) - 57.80%
Ramli MS
Terlalu banyak benda… bila kamu menyanyi berulang, macam cut and paste. Music perlu ada perubahan. Dalam tujuh minggu kamu nyanyi satu aliran sahaja. We need variety. Ini negatif dari saya. Sebab tak berubah. Benda muzik tak boleh repeat. Next time ubah.
Tom (Akhirnya Kini Pasti) - 55.20%
Marlia Musa
Sebenarnya saya bila syaa tau awak nyanyi lgi ni, saya dah fikir awak buat persembahan seperti jni.
Mungkin juga saya fikir expectation saya salah. Bila kita buat ada similar dengan penyanyi asal, kita nak cari originality Tom kat mana? Saya suka suara Tom… tapi kalau awak tak jadi Anita Sarawak, boleh ke awak deliver macam ni? Saya nak tengok Tom keluarkan karakter yang lain.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live