Gegar Vaganza 9

GV9: Tom Buka Rambut Dreadlock, Bakal Beri Kejutan Konsert Ketiga Nyanyi Goyang Inul! - "Azab Ni, Memang Sakit & Akan Menangis"

gempak
Amri Hassan
27/09/2022
02:55 MYT
Sponsor Banner
GV9: Tom Buka Rambut Dreadlock, Bakal Beri Kejutan Konsert Ketiga Nyanyi Goyang Inul! - "Azab Ni, Memang Sakit & Akan Menangis"
Tiada lagi rambut dreadlock! Bintang Gegar Vaganza 9 (GV9), Tom akan muncul dengan imej baharu pada konsert ketiga Ahad ini, hadiah buat peminat setianya.
Kata Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, rambut dreadlock yang disimpannya sejak 2007 itu akan dibuka dan tampil bersama gaya rambut baharu.
"Saya akan datang dengan imej baharu, hari Isnin saya buka rambut 'dreadlock'. Saya buat dari tahun 2007, tapi saya buka pasang balik. Rambut saya sekarang paras bahu.
"Nak buka memang ada caranya cuma azablah, kalau buat pun tiga hari. Saya tak rasa akan siap dalam masa sehari. Kalau buka nanti memang sakit dan akan menangislah. Nama pun dreadlock, dah lock dah.
"Kalau boleh bila buka ni saya takkan tunjuk pada sesiapa sampailah hari konsert ketiga nanti," katanya kepada Gempak.

Bekas suami buat percuma

Gaya rambut dreadlock Tom sudah sebati dengan dirinya sejak menetap di Langkawi namun cara penjagaannya tidak sesukar seperti yang ramai anggap.
"Rambut ini bekas suami saya yang buatkan, kalau masa tu percumalah. Kalau sekarang kalau nak buat balik harganya dalam RM800 ke RM1,000. Nak maintain, kalau terkeluar nak masukkan balik, setiap kali servis lebih kurang RM250.
"Kalau daripada segi penjagaan pula tak ada syampu khas pun, cuma pakai syampu biasa. Cuci macam biasa. Kalau saya memang akan cuci hari-hari sebab saya selalu 'surfing'," katanya.

Tom goyang gerudi

Untuk konsert ketiga GV9, Tom akan mempersembahkan lagu Goyang Inul (Inul Daratista) dalam caranya tersendiri.
"Lagu ini saya pernah nyanyikan sebelum ini namun saya harus mencari kelainan untuk pentas GV kali ini. Mungkin juga akan bergoyang gerudi, mana tahu?" tambah Tom berseloroh.
GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan ‘GV9’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media ‘GV9’ turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.
Selain itu, penganjuran ‘GV9’ juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan ‘GV9’ secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live