Gegar Vaganza 9

GV9: “Yang Part Rap Tu, Ya Allah… Susah!” - Tomok Akui Tak Mudah Nak Rap, Berguru Dengan Shila Amzah

gempak
Mya Amri
29/11/2022
08:55 MYT
Sponsor Banner
GV9: “Yang Part Rap Tu, Ya Allah… Susah!” - Tomok Akui Tak Mudah Nak Rap, Berguru Dengan Shila Amzah
Pemenang tempat keempat Gegar Vaganza 9 (GV9) akui pusingan battle merupakan antara cabaran terbesar yang dihadapinya.
Bagaimanapun kata Tomok, dia berterima kasih kepada rakan seperjuangan iaitu Shila Amzah kerana banyak memberi tunjuk ajar kepadanya.
“Yang bahagian rap tu… Ya Allah susah, sebab nak kena rap laju dengan bahasa Inggeris lagi memang mencabar.
“Jadi betul lah apa orang kata bak dapatkan RM100,000 bukannya mudah. Itu adalah tugasan untuk kita.
“Saya bekerja keras juga sebenarnya untuk tugasan yang kedua tu. Alhamdulilah saya gembira walaupun ada ‘senget-senget’ sikit. Saya rasa orang di luar pun faham.
“Sebenarnya Shila banyak membantu Tomok. Saya berguru dengan dia untuk lagu rap sebab saya memang lemah genre lagu sebegitu.
“Walaupun kami bersaing sesama sendiri, tetapi dia tidak kedekut untuk berkongsi ilmu. Saya patut beri kredit pada Shila Amzah,” katanya ketika ditemui Gempak.
Mengulas mengenai kemenanganya, Tomok berasa bersyukur kerana diberi peluang untuk menyertai GV9.
“Adat pertandingan, saya sudah beri yang terbaik. Alhamdulillah nombor berapa pun saya gembira, asalkan masuk ke peringkat akhir.
“Melihat pada barisan peserta yang ada pun kita dah tahu masing-masing mempunyai kelebihan vokal yang hebat. Jadi saya rasa gembira dapat turut sama bersama keluarga GV9,” katanya.
Terdahulu, Tomok dan Shila merupakan gandingan dalam pusingan battle dengan persembahan lagu berjudul Too Legit To Quit dan Party Sampai Pagi.
Tomok merupakan pemenang tempat keempat GV9 manakala Jac dinobatkan sebagai juara dan Bob pula adalah naib juara.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live