,
Gegar Vaganza 9

"Suara Sedap Ke Tak, Semua Bergantung Pada ..." - Nasihat Kak Ani Buat Finalis GV9

Amri Hassan
26/11/2022
08:50 MYT
Finalis Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), Noraniza Idris berkongsi kata-kata nasihat dan tips buat finalis GV9 yang akan berentap pada Ahad nanti.
Kata Noraniza atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ani, vokal bukan satu-satunya instrumen yang menjamin kejayaan di pentas GV namun perlu diukur daripada aspek persembahan.
"Goodluck everyone..! Finalist GV9 hebat-hebat!
"Bergantung kepada pilihan lagu dan minit persembahan menentukan kedudukan hebat keluar kepompong sebenar.
"Juara harini belum tentu Juara GV. Itulah hakikatnya.
"Suara sedap ke tak sedap semua bergantung kepada minit persembahan di atas pentas selepas teaser dan sebelum penilaian juri.
"Minit menguji tekanan emosi, mental, fizikal dan segalanya dalan satu dan enjoylah sedaya upaya mampu. Masalah terlerai hanya perlu kita jaga kita," pesan Kak Ani.
Dalam GV7, Kak Ani menduduki tempat keempat selepas Ayu Damit (ketiga), Muss (naib juara) dan Cliff Umar yang diangkat sebagai juara rancangan musim tersebut.
GV9 akan melabuhkan tirai pada 27 November ini dengan menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan ‘GV9’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama.
Sidang media ‘GV9’ turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur. Selain itu, penganjuran ‘GV9’ juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan ‘GV9’ secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Penyanyi Reedzwann Terlibat Kemalangan, Rakan Maut

gempak
07/09/2024
07:22 MYT
Penyanyi Reedzwann, 23, terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, Perak pada Sabtu.
Hiburan

Netizen Petik Nama Bakal Sertai Gegar Vaganza, Ini Respon Wany Hasrita - “Saya Rasa Kena Tunggu..”

gempak
06/09/2024
07:55 MYT
Penyanyi, Wany Hasrita mengulas spekulasi mengatakan dirinya bakal menyertai program, Gegar Vaganza.
Hiburan

“Saya Buat Live TikTok Hari-Hari, Ramai Yang Maki Hamun” - Noraniza Idris

gempak
05/09/2024
07:55 MYT
Penyanyi Noraniza Idris mendedahkan jualan tiket konsert Qalam Noraniza Idris terjejas gara-gara kontroversi penarikan diri bekas pengarah persembahan dan penulis skrip konsert tersebut.
Hiburan

Sebar Gambar Tak Senonoh Mingyu, Pekerja Jenama Mewah Ini Digantung Tugas Serta Merta

gempak
04/09/2024
11:55 MYT
Jenama mewah Perancis L'Occitane tampil membuat permohonan maaf selepas seorang pekerjanya membocorkan gambar penyanyi Mingyu yang kurang sesuai baru-baru ini.
Hiburan

Noraniza Idris Tak Fikir Soal Gelaran Datuk, Anggap Ia Rezeki Jika Dapat – “Ada Orang Murah Rezeki Dia”

gempak
03/09/2024
21:55 MYT
Penyanyi Noraniza Idris menyifatkan penganugerahan gelaran Datuk kepada selebriti adalah rezeki yang ditentukan Allah.