Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

All Stars Gegar Vaganza: Beza Markah Noryn Aziz, Liza Hanim Cuma O.25%! Rupa-Rupanya 5 Markah Auto Potong Kalau ...

Amri Hassan
16/10/2023 03:55 MYT
Juri utama All Stars Gegar Vaganza, Datuk Ramli MS mendedahkan lima markah dipotong bagi setiap penyanyi yang mempersembahkan lagu nyanyian asal rakan duet pada konsert minggu keempat Ahad lalu.

Kata Ramli atau lebih popular dengan panggilan Tok Ram, hal itu secara rasionalnya kerana penyanyi asal lagu yang dipersembahkan sudah biasa menyanyikan lagu miliknya berbanding artis (rakan duet undangan) lain.

"Saya memang potong lima markah, contohnya ada penyanyi yang menyanyikan lagu asalnya beribu kali, jadi dia tidak 'bekerja'. Ada empat peserta kalau tak salah saya.

"Kalau Liza Hanim tidak dipotong markahnya, pasti dia di atas. Tapi disebabkan Ziana Zain penyanyi asal lagu itu, dia sudah banyak kali menyanyikan lagu berkenaan sejak berpuluh-puluh tahun sudah.

Jadi, kami selaku juri perlu adil dengan peserta lain yang menyanyikan lagu artis lain," jelasnya.

Hal itu juga menjawab kedudukan mingguan konsert keempat ASGV yang menyaksikan Noryn Aziz yang berduet bersama Liza Aziz dalam lagu I'm Every Woman mendapat kedudukan pertama dengan 85.25%.

Manakala, Liza Hanim yang menyanyikan lagu Madah Berhelah bersama penyanyi asalnya Ziana Zain memperoleh markah 85%.

Konsert keempat menyaksikan juara GV4, Datuk Aishah yang menyanyikan lagu Terlanjur Cinta bersama juara Akademi Fantasia musim pertama, Vince tersingkir.

Untuk itu, semak markah penuh di sini:



All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.


#Viral #Konsert #Datuk Ramli MS #Juri #Liza Hanim #Markah #GV #Noryn Aziz #Duet #Tolak #GV10 #All Stars Gegar Vaganza #GVX