,
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza (GV10): Tugasan Konsert Ke-8, Funfair Tok Ram! - "Semua Lagu Terjun Bangunan!"

Amri Hassan
08/11/2023
06:55 MYT
All Stars Gegar Vaganza memang penuh dengan kejutan! Konsert kelapan bakal mencabar kredibiliti bintang yang bertanding menerusi tema lagu Funfair Tok Ram.
Lagu-lagu yang bintang bakal persembahkan merupakan seleksi lagu yang dipilih oleh juri tetap ASGV, Datuk Ramli MS yang luar daripada forte dan genre kebiasaan bintang.
"Lagu tak dipilih daripada wish list penyanyi, lagu ditentukan oleh saya (Ramli MS).
"Ia di luar forte dan genre. Memang kitorang main wayang dengan korang (peserta). Saya nak semua orang pelajari watak & penjiwaan lagu. Korang akan dapat lagu terjun bangunan!" jelas Ramli.
Jom semak tugasan bintang GV10 minggu ke lapan!
1. Hady Mirza - Gila Judi (Datuk M Daud Kilau) 2. Jaclyn Victor - Hatinya Tak Tahan (Noraniza Idris) 3. Liza Hanim - Ayam (Jalil Hamid) 4. Naqiu - Kuda Hitam (Hetty Koes Endang) 5. Siti Nordiana - Baby One More Time (Britney Spears) 6. Tomok - Apa Dah Jadi (Tan Sri SM Salim) 7. Azharina - Ya Maulai (Datuk Seri Siti Nurhaliza) 8. Noryn Aziz - Kerana Pengalaman (Zaleha Hamid) 9. Aliff Aziz - Cik Mek Molek (Datuk M Daud Kilau) 10. Nikki Palikat - Semakin Rindu Semakin Asyik (Amelina)

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: Rumah Banjir, Rupanya Ini Yang Berlaku Pada Ezad - “Saya Tumpang Truck Polis..

PILIHAN PEMBACA: All Stars Gegar Vaganza GV10: Ezad Lazim Tersingkir - “Saya Kena Balik Cepat, Rumah Banjir”All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

2NE1 Akan Singgah Manila Dan Jakarta Untuk Konsert, Malaysia Pula Bila?

gempak
06/09/2024
12:25 MYT
Kumpulan yang terkenal dengan lagu I Am The Best itu telah mengumumkan dua lokasi pertama bagi jelajah mereka pada Jumaat.
Hiburan

“Saya Buat Live TikTok Hari-Hari, Ramai Yang Maki Hamun” - Noraniza Idris

gempak
05/09/2024
07:55 MYT
Penyanyi Noraniza Idris mendedahkan jualan tiket konsert Qalam Noraniza Idris terjejas gara-gara kontroversi penarikan diri bekas pengarah persembahan dan penulis skrip konsert tersebut.
Hiburan

"Macam Mana Boleh Kata Datuk Siti Tak Ada Job" - Anak Tiri Siti Nurhaliza Tampil Bersuara

gempak
05/09/2024
06:55 MYT
Sudah lumrah dalam kehidupan buat la kebaikan macam mana pun pasti ada yang tidak suka.
Peraduan

GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 7

gempak
04/09/2024
16:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 6 Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

The Chosen One Kembali! 16 Peserta Cilik Terbaik Seluruh Malaysia Bakal Berentap Rebut Gelaran Juara

gempak
04/09/2024
05:08 MYT
Menggegarkan industri nyanyian sehingga menjadi program realiti baharu nombor satu di Malaysia pada tahun 2023 pada musim pertamanya, Astro kini kembali memperkenalkan bakat-bakat generasi baharu dalam ‘The Chosen One 2024’ yang akan bermula pada 20 September ini, setiap hari Jumaat, jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611). Program ini turut akan