,
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: Naqiu Berjaya Beri Impak, Tok Ram - “Saya Bayangkan Arwah Saleem Menyanyi”

Mya Amri
24/10/2023
02:55 MYT
Persembahan bintang All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Naqiu di minggu kelima ternyata berjaya memberikan kesan tidak hanya kepada penonton malah juri tetap juga.
Menurut ketua juri ASGV, Datuk Ramli MS, Naqiu berjaya membawakan lagu Hakikat Sebuah Cinta oleh kumpulan Iklim dengan begitu baik sekali.
“Naqiu dia buat persembahan dengan bawakan lagu genre dia juga tetapi bila dia menyanyi itu saya tengah bayangkan arwah Saleem tengah menyanyi.
“Naqiu boleh beri saya impak sebegitu, dia punya feel jiwa itu. Contoh macam Ayai dan Ezad, mereka juga menyanyi lagu genre mereka.
“Tetapi tetapi mereka tidak ‘bagi’, jadi mereka main safe namun mereka tidak perform,” jelasnya ketika ditemui Gempak.
Dalam pada itu, Datuk Syafinaz Selamat juga turut mengulas mengenai kemungkinan prestasi persembahan bintang ASGV untuk konsert keenam minggu hadapan.
“Kalau kita lihat mereka membuat persembahan saya rasa semua orang boleh nampak mereka all out. Tapi bila bertanding mereka kelihatan lebih berhati-hati.
“Semua takut buat salah, bila mereka ada perasaan takut terbuat salah itu yang makin banyak berlaku kesilapan. Jadi saya rasa mereka patut relaks sedikit.
“Untuk minggu hadapan, saya percaya mereka boleh berikan yang lebih baik lagi berbanding minggu ini,” ujarnya.
BACA: All Stars Gegar Vaganza: Ear Monitor Hampir Tertanggal Ketika Persembahan, Ayai Illusi Tersingkir BACA: All Stars Gegar Vaganza: Ramai Persoal Kenapa Zamani Terselamat, Ini Jawapan Tok Ram
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
kilauan-emas

Roy Azman Kongsi Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Akui Cuba Penuhkan Segala Keinginan Isteri

gempak
12/09/2024
07:55 MYT
Pelakon dan penyampai radio, Roy Azman, berkongsi petua kebahagiaan dalam rumah tangga.
kilauan-emas

Kilauan Emas 2024: Dipanggil Semula Jadi Juri, Erra Luah Rasa Teruja - “Kilauan Emas Ni Dekat Dengan Saya”

gempak
10/09/2024
13:55 MYT
Pelakon jelita, Erra Fazira menyatakan dirinya sangat teruja apabila masih lagi dipilih untuk menjadi salah seorang daripada tiga juri dalam program realiti, Kilauan Emas 2024.
Berita

Selepas Lebih Sebulan, Barangan Milik Allahyarham Farah Kartini Dihantar Pulang

gempak
30/08/2024
00:25 MYT
Selepas lebih sebulan, semua barangan milik pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemui mati dipercayai dibunuh dihantar pulang ke kediaman keluarganya di Sarawak.
Viral

Ucap Terima Kasih, Ibu Nidza Afham Akui Pertolongan Kekasih Arwah Jadi Faktor Utama Penemuan Anak

gempak
19/08/2024
08:25 MYT
Ibu kepada Allahyarham, Nidza Afham, mengucapkan terima kasih kepada kekasih anaknya kerana berkongsi lokasi terakhir arwah.
Viral

"Hidup Daif, Mak Saya Sanggup Makan Kerak Nasi, Sedap Katanya" - Hana Shahadan Imbas Memori Arwah Ibu, Susah Payah Sebelum Berjaya!

gempak
12/08/2024
21:51 MYT
Sebelum bergelar pengasas dan pengarah kepada jenama produk kanak-kanak popular, banyak liku kehidupan sudah dilalui Hana Shahadan sejak masih kecil yang membentuknya menjadi insan lebih kuat pada masa kini.