,
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: Semakin Tegas! Pernafasan, Stamina Dan Lagu Leman Antara Komen Hangat Juri

Mya Amri
30/10/2023
01:55 MYT
Konsert minggu keenam All Stars Gegar Vaganza (GV10) menyaksikan nama Zamani diumumkan sebagai bintang yang tersingkir.
Menyampaikan lagu berjudul Kau Pergi Jua, Zamani nampaknya nampaknya gagal menambat hati juri untuk mara ke minggu seterusnya.
Sementara itu, Liza Hanim sekali lagi berjaya mempertahankan kedudukan pertama untuk minggu ini dengan peratusan markah sebanyak 76.75%.
Bagaimanapun menurut juri, terdapat beberapa bintang yang mengalami masalah mengawal pernafasan minggu ini.
Berikut merupakan recap komen dan markah penuh minggu keenam All Stars Gegar Vaganza:
1. Liza Hanim - Rembulan (76.75%)
Hetty Koes Endang: “Kenapa kamu menyanyi begini? Song 1 song 2, koreo semuanya bagus, terus terang bunda suka sama kamu. Ini yang saya inginkan, bukannya menyanyi seperti di kaset, di radio, keserasian dengan penari, ritma muzik kena. Bunda berharap jika ada rezeki selepas ini perhatikan apa yang juri berikan. Malam ini kamu sukses!”
2. Hady Mirza - Hati (76.50%)
Datuk Syafinaz Selamat: “Lagu ni nampak senang, tapi sukar. Struktur lagu itu sangat susah tapi anda berjaya today, nak menyanyi, nak ingat Koreo bukan mudah. Orang nampak memang pandai nak komen tapi suruh buat tak pandai. Netizen ni puji salah kritik salah. Jadi bila betul kita puji, bila salah kita bagi teguran, nak terima terpulang. Kita bagi sugestion. Hey netizen lu rilek la bro. Hady malam ni best,”
3. Azharina - Bilang Saja (75.25%)
Datuk Syafinaz Selamat: “Kita nampak awak enjoy atas pentas, dia seorang penyanyi yang selalu prepare dan buat kerja. Malam ini persembahan awak sangat bertenaga, nampak enjoy ada sedikit ganas tetapi bersesuaian dengan muzik dinyanyikan. Hanya sedikit masa bridge ada pelik sikit tetapi overall saya enjoy persembahan awak,”
4. Jaclyn Victor - Bencinta (72.25%)
Hetty Koes Endang: “GV minggu keenam sudah hebat, semua bintang hampir rata, bagus. Saya tak mahu dengar bintang menyanyi seperti di radio, saya ingin audio visual, kalau tak ada gerakan, ritma, itu seperti di radio. Menurut saya kamu nadanya pas, cuma saya ingin ada lebih wow faktor. Malam ini belum ada tapi kamu dah cuba, tak mengapa. Kamu dah keluar dari zone selesa dan saya sangat hargai. Tak apa nanti cuba lagi,”
5. Naqiu - Bernafas Dalam Lumpur (71.75%)
Datuk Ramli MS: “Saya tak ada masalah kamu menyanyi, ada motor ada apa konsep ni saya kurang berkenan. Motor ni kira okay la. It’s okay nyanyi tak ada masalah,”
6. Tomok - Episod Cinta (70.75%)
Datuk Ramli MS: “Apa yang kamu nyanyi tadi itulah yang orang nak beli tau. Leman, merdunya masih ada, memang kamu punya makanan. Saya suka kamu boleh buat jadi sedap. Untuk lagu macam ni komersial value sangat. Sebab itu konsert awak sold out, dorang bayar kamu punya value tu,”
7. Nikki Palikat - Cinta Dalam Hati (69.00%)
Hetty Koes Endang: “Song 1 aman, song 2 aman, tetapi perhatikan ada note yang tidak sama. Boleh keluar dari original tapi jangan terlalu menyimpang. Jangan terlalu lari dari originaliti. Yang belakang okay. Lagunya rapat sekali notenya, harus berlatih, lagu ini sangat menjiwai, malam ini menurut bunda kamu aman dan sukses,”
8. Siti Nordiana - Cinta Tersimpul Rapi (67.75%)
Datuk Ramli MS: “Kamu banyak peminat, i think peminat kamu banyak yang leman, saya tengok agak besar kamu punya peminat. Macam mana you nak bayar balik? Kena hargai dalam bentuk nyanyian. Tadi dalam nyanyian kamu ada low frekuensi yang kurang elok. Yang lain saya kira okay untuk lagu leman. Kamu kena bayar dengan bakat seni yang lebih baik lagi,”
Hetty Koes Endang: “Tentu dua minggu lalu bunda sangat pedas pada kamu, padas bukan sebab apa, supaya kamu ada fighthing spirit. Last week semakin baik, malam ini kamu berhasil.
9. Ezad Lazim - Pria Terhebat (64.50%)
Datuk Syafinaz Selamat: “Saya rasa harini awak cuba tunjukkan the other side of you. Saya hargai usaha awak. Cuma dari aspek nyanyian ada sedikit masalah sana sini. Macam awak fokus too much dekat movement, banyak off note, tapi espek presentation saya suka,”
10. Noryn Aziz - Seribu Impian (63.00%)
Datuk Ramli MS: “Banyak nafas tak cukup, banyak note tak sampai. It’s about nafas, dinamik power awak keep on hentam, guna banyak tenaga. Banyak tak sampai atas, banyak kurang sempurna but its a good try,”
Datuk Syafinaz Selamat: “Harus rilek, ringan macam awak mula-mula sertai GV dulu. Jangan terlalu paksa, bila menyanyi nampak stamina tak ada. Mungkin anda perlu workout lebihkan cardio untuk jaga stamina
11. Aliff Aziz - Arjuna (62.00%)
Datuk Ramli MS: “Tak okay! Dia banyak benda yang tak proper, bersepah. Awak menyanyi tak sebati dengan muzik, not in control. Lagu ini tak susah tapi nak kontrol jiwa dan nada itu, jadi hari ini tak okay,”
12. Zamani - Kau Pergi Jua (56.50%)
Datuk Syafinaz Selamat: “Saya rasa jangan, inilah keistimewaan Zamani, kadang kadnag kita tak perlu dengar orang cakap jika tidak perlu dan tak membantu. Keistimewaan Zamani adalah suara, tak perlu tukar. Saya rasa macam ada sedikit kesukaran, saya rasa malam ni ada isu dgn pernafasan sebab nampak susah nak sustain note dan nada tinggi. Sepatutnya ini makanan awak. Stamina to go through the whole song tak cukup. Overall perlukan lebih tenaga,”
BACA: All Stars Gegar Vaganza: Zamani Tersingkir! - "Kalau Saya Ada Buat Apa-Apa Harap Halal Saja"
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Jenazah Arwah Jay Jay Selamat Dikebumikan, Hattan & Zamani Antara Yang Hadir Beri Penghormatan Terakhir

gempak
05/08/2024
04:18 MYT
Cuaca redup mengiringi pengebumian jenazah penyanyi terkenal Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus pada pagi Isnin.
Gegar Vaganza All Star

Isu Lagu Kisah Hati, Datin Alyah Dah Tutup Buku - “Segala Yang Berlaku Pasti Ada Hikmah”

gempak
12/12/2023
02:55 MYT
Datin Alyah dah tutup buku.
Gegar Vaganza All Star

Siti Nordiana Mohon Maaf Jika Ada Kekurangan Dalam Nyanyian, Datin Alyah Respon - “Kita Tak Pernah Salahkan...”

gempak
12/12/2023
00:55 MYT
Nana mohon maaf kalau ada kekurangan.
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: “Ada Momen Saya Merasakan Sudah Tiba Masa Berhenti Menyanyi…”- Liza Hanim

gempak
11/12/2023
08:55 MYT
Ramai yang sayangkan Liza Hanim.
Gegar Vaganza All Star

"Saya Expect Pilih Lagu Sendiri Akan Perform Bermati-Matian" - Tok Ram

gempak
11/12/2023
07:50 MYT
80% markah pusingan solo.