Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

All Stars Gegar Vaganza: Senarai Lagu Tugasan Konsert Kelima Bertemakan Misteri!

Amri Hassan
21/10/2023 05:44 MYT
Segmen Ada Lagu Ada Lagi antara yang paling dinanti-nantikan setiap bintang yang bertanding mahupun peminat.

Debaran itu yang membuatkan penonton terus terpaku untuk menyaksikan lagu mana menjadi milik siapa, begitu juga bintang yang bakal meninggalkan pentas pertandingan.

Memasuki konsert kelima minggu ini, tema yang diberikan kepada 13 bintang yang masih bertanding adalah Misteri. Jom semak senarainya!

1. Asmara (Anneke Grönloh) - Noryn Aziz

2. Kembali Terang (Marsha Milan) - Liza Hanim

3. Pusara Di Lebuh Raya (Ekamatra) - Ayai

4. Biarlah Rahsia (Siti Nurhaliza) - Tomok

5. Depresi (I Am Neeta) - Nikki Palikat

6. Penghujung Rindu (Jamal Abdillah) - Aliff Aziz

7. Hakikat Sebuah Cinta (Iklim) - Naqiu

8. Pada Syurga Di Wajahmu (Nash) - Ezad

9. Ku Intai Cinta Dalam Rahsia (Jeslina Hashim) - Azharina

10. Perpisahan (Anuar Zain) - Jac

11. Mahakarya Cinta (Faizal Tahir) - Zamani

12. Biru Mata Hitamku (Wings) - Hady Mirza

13. Ngajat Tampi (Noraniza Idris) - Siti Nordiana

Minggu keempat GV10 menyaksikan Aishah yang menyampaikan lagu Terlanjur Cinta duet bersama Vince menjadi bintang ketiga yang tersingkir.

Program ini dikendalikan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, serta diserikan oleh Elly Mazlein pada minggu pertama hingga ketiga.

All Stars Gegar Vaganza masih mengekalkan juri tetap seperti musim terdahulu iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Bintang yang masih bertanding menerusi All Stars Gegar Vaganza adalah Azharina, Aliff Aziz, Siti Nordiana, Jaclyn Victor, Noryn Aziz, Naqiu, Hady Mirza, Ayai Illusi, Liza Hanim, Nikki Palikat, Tomok, Ezad Lazim dan Zamani.

All Stars Gegar Vaganza masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional.

Peserta yang mendapat markah terendah pada setiap minggu akan disingkirkan. Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM200,000.

Dibawakan oleh Farm Fresh, Digi, PowerCat dan Cuckoo, All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.

PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.

#Konsert #Lagu #GV #Tugasan #Ada lagu ada lagi #GV10 #All Stars Gegar Vaganza #GVX