,
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: Siti Nordiana Belajar Bahasa Inggeris Dengan Anak - “Dengar Berkali-Kali, Tanya Rayyan Sebutan Betul Ke Tak”

Mya Amri
14/11/2023
08:55 MYT
Bintang All Stars Gegar Vaganza, Siti Nordiana melahirkan rasa syukur selepas persembahannya di konsert minggu kelapan berjalan dengan lancar.
Untuk menyampaikan lagu nyanyian asal Britney Spears berjudul Baby One More Time, Siti Nordiana atau lebih mesra dipanggil Nana berkata dia merujuk pada anaknya iaitu Muhammad Rayyan Nakhaie dari segi sebutan Bahasa Inggeris.
Selain itu Nana juga turut mendengar semula nyanyian Britney secara berulang kali.
“Saya belajar dengan cara mendengar cara nyanyian Britney berkali-kali dan ikut sebutan dia sebab Bahasa Inggeris ni bukan bahasa perbualan harian kita.
“Dalam masa yang sama saya juga ada bertanyakan pada anak sama ada sebutan saya ini betul atau pun tidak.
“Banyak rujuk pada anak dan bila tanya dia jawab bolehlah tu mama,” katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: “Risau Tentang Sebutan” - Siti Nordiana Nervous Nak Bawa Lagu Britney!

Mengulas mengenai juri, Nana berkata dia berasa lega apabila Datuk Syafinaz Selamat memuji sebutan Bahasa Inggerisnya.
“Alhamdulillah, apabila Datuk Syafinaz puji sebutan saya boleh tahan, pada masa itu saya rasa bersyukur sangat.
“Sebenarnya saya paling takut dengan Datuk Syafinaz sebab dia paling teliti dari segi sebutan berbahasa Inggeris,” ujarnya.
Konsert minggu kelapan menyaksikan Nana menduduki tempat ketujuh dengan markah sebanyak 62.75 %.

PILIHAN PEMBACA: All Stars Gegar Vaganza: Jiwa Tebal Leman, Britney Nordiana & Elvis Lima Ringgit Antara Yang Dapat Perhatian Juri

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Hiburan

Afdlin Shauki Tak Masuk Campur Karier Seni Anak - “Dia Mahu Naikkan Nama Sendiri Tanpa Bantuan Saya”

gempak
17/09/2024
13:55 MYT
Pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki akui tidak banyak masuk campur dalam perihal karier seni anak nya, Mia Sara meskipun baru-baru ini Mia turut serta membintangi filem arahannya, Baik Punya Ah Long.
Hiburan

Elly Mazlein Lebih Selesa Sembunyi Muka Anak - “Saya Letak Emoji Di Instagram Sahaja, Tapi Kalau Di..”

gempak
17/09/2024
07:55 MYT
Tidak mendedahkan wajah anak kepada umum, pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Elly Mazlein, memang selesa dengan tindakan itu.
Berita

Bapa Bakar Anak Hidup-Hidup Kerana Keluar Rumah Tak Minta Izin

gempak
16/09/2024
07:55 MYT
Perbuatan kejam itu dilakukan Iwan Hasan, 44, terhadap puterinya, MH, 13, ketika kejadian di kediaman keluarga itu di Kelurahan Kota Baru, Ternate Tengah, Maluku Utara di Indonesia pada Khamis lalu.
Hiburan

“Hubungan Suami Isteri Perlu Ada Kepercayaan, Jangan Sebab Nafsu Anak-Anak Merana” - Elly Mazlein

gempak
15/09/2024
23:55 MYT
Meletakkan kepercayaan 100 peratus kepada pasangan, penyanyi dan pengacara popular Elly Mazlein mengakui tidak pernah memeriksa telefon mahupun dompet suaminya.