All Stars Gegar Vaganza: “Vocal Cord Saya Memang Ada Parut Kekal” - Naqiu
Mya Amri
29/10/2023 09:55 MYT
29/10/2023 09:55 MYT
Bintang All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Naqiu mendedahkan mengalami masalah pita suara (vocal cord) kerana tidak menjaganya dengan baik.
Bagaimanapun kata Naqiu, dia mula memgambil serius tentang penjaagn pita suara selepas menyertai Gegar Vaganza musim ketujuh dengan rujuk kepada pakar dan mengambil ubat secara konsisten.
“Juri yang paling concern pasal kondisi vokal saya. Suara ni kalau tak kontrol terlalu serak dan parau. Vocal cord saya memang ada 'parut kekal' kerana 12 tahun menyanyi dekat kelab sebelum ini.
“Tak pernah jaga dan main lanyak je nak cari duit. Tapi sejak GV6, saya refer kepada pakar dan consistent ambil ubat.
“Kali ni ada vocal coach yang bantu sebab saya berusaha untuk sihatkan semula vocal cord yang problem ni. Suara nak pakai lama, nak guna cari rezeki untuk keluarga kan,” kongsinya.
Dalam pada itu, Naqiu juga turut berterima kasih kepada salah seorang juri ASGV kerana sering memberikan komen membina yang boleh membuatkan dirinya memperbaiki corak persembahan dengan baik.
“Terima kasih toknaz sebab dah tiga minggu bagi komen yang boleh saya belajar dan ambil serius. Selain vocal, toknaz dan semua juri acknowledge aspek kreatif lain mcm konsep persembahan, idea dan usaha usaha yang cuba saya tunjuk setiap minggu. Alhamdulillah…
“Perform dua minit setengah je, tapi persediaan tu boleh stress. Music arrangement, props, konsep, kareografi, pakaian semualah.
“Nasib baik saya ada manager dan team MO yang sangat membantu. Jadi sangat gembira kalau semua usaha kami juri nampak.
“Insya-Allah saya akan cuba perbaiki persembahan dan vokal setiap minggu kalau ada rezeki lagi dalam GVX. Korang doakan kesihatan saya baik dan semua plan dipermudahkan,” coretnya.
Terdahulu, Naqiu merupakan antara bintang yang konsisten sehingga ketua juri iaitu Datuk Ramli MS menjadikan dirinya sebagai KPI buat para bintang.
BACA: GV10: “Dia Keluar Seorang, Control Satu Pentas” - Datuk Ramli MS Jawab Jadikan Naqiu Sebagai KPI
BACA: All Stars Gegar Vaganza: Naqiu Berjaya Beri Impak, Tok Ram - “Saya Bayangkan Arwah Saleem Menyanyi”
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.