Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

All Stars Gegar Vaganza: “Will Come Back Stronger”- Siti Nordiana Minta Maaf, Peminat Pujuk Mohon Kuat Semangat

Mya Amri
16/10/2023 13:55 MYT
Bintang All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Siti Nordiana memohon maaf sekiranya persembahannya di minggu keempat kurang memuaskan hati peminat.

Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana membuat permohonan maaf itu secara terbuka menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya hari ini.

“Nana minta maaf. Insya-Allah will come back stronger. Terima kasih @amir.masdi sudi jadi partner duet kak Nana,” tulisnya.

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana)

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata peminatnya memberikan kata-kata semangat dan memujuk Nana supaya kuat semangat serta jangan putus asa.

“Tak mengapa, seorang penghibur diminati kerana genre yang selesa dengan seseorang artist tu. Akak tetap pilih leman yang sentiasa sedap didengar. Nama pun pertandingan. Adat bertanding, kejap atas kejap bawah ikut rezeki. Yang penting usaha. Persembahan Nana sentiasa ditunggu, itu pun rezeki tau,” @awinseindahwajah

“Kakak sayang please comeback. Saya sentiasa bangga dengan kak Nana, love you always. Janganlah cakap sorry, kak Nana kena bangkit buat yang the best minggu depan,” @syusyu_snd

“Nothing to sorry dear. Keep fighting. Terus ke depan. Jangan patah semangat okay. You did good job last night. Cuma rezeki tidak memihak untuk malam tadi. Fight for better performance next week! Fighting Nana!” @nurfari_rashid

BACA: All Stars Gegar Vaganza: Giliran Siti Nordiana Tak Capai Standard, Bunda Hetty - “Kesalahan Fatal”

Terdahulu, dua juri tetap All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang menyatakan rasa kurang berpuas hati dengan persembahan yang diberikan oleh Nana.

Nana melakukan tugasan duet bersama penyanyi, Amir Masdi dan mendendangkan lagu hit popular dari Indonesia iaitu Ada Apa Dengan Cinta?

Bagaimanapun, Ramli menyifatkan persembahan duet tersebut sebagai berat sebelah.

BACA: All Stars Gegar Vaganza: Beza Markah Sikit Sahaja, Liza Hanim Hampir Rampas Kedudukan Pertama!

Minggu keempat GV10 menyaksikan Aishah yang menyampaikan lagu Terlanjur Cinta duet bersama Vince menjadi bintang ketiga yang tersingkir.

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.

PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.

#Gegar Vaganza #Siti Nordiana #Mohon Maaf #Nana #GV10 #All Stars Gegar Vaganza #ASGV
;