Laman Utama
All Stars Gegar Vaganza: Giliran Siti Nordiana Tak Capai Standard, Bunda Hetty - “Kesalahan Fatal”
Dua juri tetap All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang memberikan komen kurang berpuas hati dengan persembahan yang diberikan oleh Siti Nordiana.
Siti Nordiana melakukan tugasan duet bersama penyanyi muda, Amir Masdi. Mereka mendendangkan lagu hit popular dari Indonesia, Ada Apa Dengan Cinta?
Ramli menyifatkan persembahan duet tersebut sebagai berat sebelah.
“Satu saja saya mahu cakap, berat sebelah,” kata Ramli ringkas.
Meastro muzik itu juga mengatakan aura yang ada pada Amir Masdi terlalu kuat sehingga menenggelamkan Siti Nordiana atau Nana.
Hetty juga memberikan komen senada dengan Ramli. Menurut Hetty untuk All Stars Gegar Vaganza yang disertai oleh bekas juara-juara GV, kesilapan sudah tidak sepatutnya terjadi.
“Menurut bunda, ini fatal (kesilapan yang sangat besar),” kata Hetty.
Beliau kemudian melanjutkan komen dengan berkata: “Bila saya pesan jangan kalah (duet), tapi tadi anda betul-betul tidak dapat. Tidak ada nikmat lagi.”
“Bunda kecewa.”
Selain Nana dan Amir Masdi, ASGV pada musim keempat menyaksikan barisan peserta berduet dengan beberapa penyanyi terkenal seperti Liza Aziz, Misha Omar, Marsha Milan dan Mamat.
Juara tahun ini akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM200,000 beserta trofi dan akan berentap di pentas akhir yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse serta Elly Mazlein dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Must-Watch Video