Gegar Vaganza All Star
GV10: “Semoga Terus Cemerlang, All The Best Adikku” - Bahang Kian Terasa! Anuar Dan Ziana Zain Pun Dah Wish Noryn Aziz
Bahang makin terasa! Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum kesepuluh bintang termasuklah Noryn Aziz bakal membuka tirai di pentas All Stars Gegar Vaganza (GV10).
Masing-masing sudah pun mula melakukan sesi latihan untuk memastikan mereka memberikan persembahan terbaik.
Tidak hanya bintang yang bertanding sahaja, malah rakan artis juga tidak ketinggalan berasa teruja untuk menyaksikan program popular itu.
Pasangan adik-beradik terkenal, Anuar dan Ziana Zain turut menitipkan ucapan dan kata-kata semangat buat Noryn yang akan bertanding malam ini.
“Semoga dipermudahkan segala urusan oleh Allah S.W.T buat adikku. Semoga terus cemerlang,” tulis Anuar.
“All the best adikku,” coret Ziana beserta emoji love.
Kedua-dua komen itu dibalas Noryn dengan ucapan terima kasih.
“Terima kasih abang, terima kasih my sister queen” tulisnya.
Noryn yang merupakan juara GV5 bersama sembilan juara lain akan berentap kembali di pentas GV pada Ahad.
Selain Noryn, All Stars Gegar Vaganza menampilkan Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Naqiu serta Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9)
All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
P/S: Korang pula team mana untuk GV10 tahun ni?
Must-Watch Video