Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

GV10 : “Tak Boleh Say No Sebab…” - Siti Nordiana Bersaing Dengan Diri Sendiri, Teringin Duet Dengan Alif Satar

Mya Amri
19/09/2023 08:55 MYT
Bintang All Stars Gegar Vaganza (GV10), Siti Nordiana mempunyai sebab tersendiri kembali memyertai program popular, Gegar Vaganza untuk musim kali ini.

Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana, Gegar Vaganza merupakan platform terbaik dan memberikan impak positif pada kerjaya seninya.

“Saya sertai GV tahun ini sebab saya tak boleh nak say no pada GV. Kita semua tahu GV ini merupakan platform yang memberikan impak pada saya dalam industri.

“Jadi untuk meraikan GV ke-10 tahun, saya bersedia untuk menghiburkan penonton. Insha-Allah doakan saya,” katanya kepada Gempak.

Mengulas mengenai GV10, Nana berkata kesemua bintang yang menyertai program tersebut mempunyai kekuatan tersendiri.

“Saya rasa semua persaingan sengit sebab mereka juara, jadi hebat belaka. Juara-juara yang masuk ini semuanya ada kekuatan masing-masing.

“Saya tak boleh nak pilih siapa persaing jadi lebih baik saya pilih diri saya sendiri. Nak bersaing dengan diri sendiri itu yang sebenarnya lebih susah,” ujarnya.

Mengulas mengenai pasangan duet yang ingin bekerjasa sekiranya diberi peluang di pentas GV10, ini jawapan Nana.

“Sebenarnya teringin nak berduet dengan Alif Satar di pentas GV10 sebab saya pernah berlakon dengan dia dalam drama Dia Semanis Honey.

“Manalah tahu nak kembalikan aura Dia Semanis Honey, kita panggil Alif kembali untuk berduet saya, kalau minggu itu minggu duet lah,” ujarnya.

Nana yang merupakan juara GV2 bersama sembilan juara lain akan berentap kembali di pentas GV pada 24 September ini.

Selain Nana, All Stars Gegar Vaganza menampilkan Ayai Ilusi (GV1), Azharina (GV3), Noryn Aziz (GV5), Naqiu serta Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9).

BACA: Juara Vs Juara! Senarai Penuh 10 Bintang All Stars Gegar Vaganza

All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

#Gegar Vaganza #Alif Satar #Siti Nordiana #Dia Semanis Honey #Duet #GV10 #All Stars Gegar Vaganza