,
Gegar Vaganza All Star

“Mulanya Was Was, Akhirnya Berjaya Grad”- Tomok Pesan Jangan Malu Sambung Belajar, Tak Usah Fikir Faktor Usia

Mya Amri
28/11/2023
06:55 MYT
Bintang All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Tomok bersyukur selepas berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dari Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini.
Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail berkata kejayaan itu diharapkan dapat menyuntik motivasi buat semua pihak untuk terus menimba ilmu tanpa mempedulikan faktor usia.
"Saya memulakan pengajian pada tahun 2015 secara jarak jauh dan selesai pada tahun 2020.
"Kemudian, disebabkan virus Covid-19, majlis konvokesyen kami terpaksa ditangguh namun akhirnya berjaya berlangsung pada minggu lalu.
"Kejayaan dapat bergraduasi itu satu perasaan yang tak boleh digambarkan ditambah pula teringat penat lelah menyiapkan tugasan yang dalam masa sama perlu bekerja," katanya ketika ditemui Gempak.
Kongsi Tomok lagi, sebelum ini dia pernah berasa was-was untuk menyambung pengajiannya kerana bimbang tidak dapat menyempurnakannya dengan baik.
"Pada awalnya tidak yakin dengan kemampuan diri tetapi atas sokongan ramai, akhirnya saya berjaya dan memang rasa sebak sangat.
"Kejayaan ini cetuskan hasrat untuk sambung pengajian di peringkat Sarjana (master) dan fasa lebih tinggi, insya-Allah.
"Tidak wujud istilah lambat nak sambung belajar walaupun usia sudah bertambah," ujarnya.
Selain Tomok, antara rakan artis yang turut bergradusi pada majlis konvokesyen tersebut ialah Pekin, Aril Pilus, Raja Mukhriz dan Akma AF.

PILIHAN PEMBACA: Pekin Tak Malu Ambil Balik Kertas Bahasa Melayu SPM, Kini Bakal Sambung PhD Pula!

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Jangan lupa dapatkan tiket konsert akhir All Stars Gegar Vaganza di Ticket2u.com.my sekarang.
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

The Chosen One Kembali! 16 Peserta Cilik Terbaik Seluruh Malaysia Bakal Berentap Rebut Gelaran Juara

gempak
04/09/2024
05:08 MYT
Menggegarkan industri nyanyian sehingga menjadi program realiti baharu nombor satu di Malaysia pada tahun 2023 pada musim pertamanya, Astro kini kembali memperkenalkan bakat-bakat generasi baharu dalam ‘The Chosen One 2024’ yang akan bermula pada 20 September ini, setiap hari Jumaat, jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611). Program ini turut akan
Viral

Paksa Wanita Buka Kamera Dalam Sesi Pembelajaran Quran Online, Lelaki Teruk Dikritik Netizen - “Dasar Penunggang Agama”

gempak
12/07/2024
08:25 MYT
Isu penunggang agama bukanlah sesuatu yang baharu diperkatakan di negara ini.
Hiburan

Cik B Beri Nasihat Pentingkan Pelajaran - “Bukan Semua Orang Boleh Jadi Influencer, So Study!”

gempak
04/06/2024
03:55 MYT
Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mengingatkan tentang kepentingan pelajaran untuk masa hadapan.
Hiburan

Lulus Graduasi Konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends? , ‘Siswa Siswi’ Bakal Raikan Prom Night Mei 2025

gempak
02/06/2024
16:55 MYT
Meminjam kata-kata Melly Goeslaw pada malam konsertnya yang berlangsung tuntas - semoga momen ini masuk ke dalam buku dan menjadi peristiwa manis buat semua, itulah yang dibawa pulang oleh sekitar 10,000 peminat beliau.
Hiburan

Dr Say Risau Bila Ada Yang Tak Mahu Belajar - “Janganlah Sebab Beberapa Influencer Tayang Hidup Mewah Buatkan Adik-Adik Nak Jadi YouTuber”

gempak
28/05/2024
07:00 MYT
Doktor selebriti dan pencipta kandungan, Dr Say Shazril meluahkan rasa gusar apabila ada dalam kalangan remaja yang merasakan pendidikan itu tidak penting.