,
Gegar Vaganza All Star

"Saya Belum Boleh Mencangkung, Masih Solat Duduk" - Zamani Sudah 80 Peratus Pulih

Amri Hassan
29/09/2023
02:55 MYT
Selepas menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat skoliosis pada November 2022, penyanyi Zamani Slam kini sudah pulih lebih 80 peratus.
Berkongsi perkembangan terkini keadaan kesihatannya, kata Zamani, 52, dia kini hanya memerlukan perjumpaan berkala dengan doktor setiap enam bulan.
"Alhamdulillah, kesihatan saya semakin baik biarpun tak cecah 100 peratus, mungkin dalam 80 peratus. Tapi bagi saya dah boleh bekerja.
"Kalau dulu follow up dua minggu sekali, tapi sekarang selang enam bulan jaraknya. Kali terakhir check up doktor maklumkan keadaan saya semakin baik dan tak memerlukan pembedahan lagi," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, kongsi pelantun lagu Gerimis Mengundang itu lagi, dia bagaimanapun masih menunaikan solat seharian dalam keadaan duduk dan masih terbatas postur badan sekiranya mencangkung.
"Berdiri semua okey, cuma tak boleh mencangkung. Nak duduk tahiyat atau antara dua sujud masih belum boleh lagi.
"Kalau saya solat pun masih dalam keadaan duduk, sejak lebih setahun lalu. Mungkin saya yang tak berani mencuba atau takut-takut lagi," tambahnya.
Zamani antara bintang hot seat All Stars Gegar Vaganza yang bakal berentap bersama 15 lagi bintang lain untuk pertandingan realiti nyanyian popular itu tahun ini.
BACA: Hot Seat All Stars GV, Zamani Dominasi Undian Peminat! - "Saya Gembira Masih Ada Peminat"
BACA: GV10: Paling Legend! Zamani Bakal Buat Peserta All Stars Gegar Vaganza ‘Kerja Kuat’
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein dan diadili oleh Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga akan ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam mulai 18 September 2023.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Tak Sangka Itu Yang Terakhir, Fuad Hilang Terus Tak Sempat Ucap…” - Tom

gempak
28/08/2024
02:20 MYT
Penyanyi Tom berkongsi detik pertemuan semula dia dengan suaminya yang juga penyanyi Fuad Rahmad ketika di sidang media program Gegar Vaganza (GV9).
Hiburan

Jenazah Arwah Jay Jay Selamat Dikebumikan, Hattan & Zamani Antara Yang Hadir Beri Penghormatan Terakhir

gempak
05/08/2024
04:18 MYT
Cuaca redup mengiringi pengebumian jenazah penyanyi terkenal Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus pada pagi Isnin.
Hiburan

Datuk Aishah Pernah Terkena Sihir - “Apa Sahaja Yang Saya Tak Pernah Rasa, Santau, Busung, Turun Darah Berbulan-Bulan”

gempak
18/07/2024
07:02 MYT
Penyanyi Datuk Aishah mengakui pernah berhadapan dengan gangguan mistik sepanjang kariernya selama lebih empat dekad dalam arena seni.
Berita

Cliff Umar Mengaku Bersalah Miliki Dadah

gempak
30/05/2024
08:42 MYT
Juara sebuah program realiti TV, Cliff Umar mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis, atas pertuduhan memiliki dadah jenis heroin, Ahad lalu.
Hiburan

Nabil Ahmad Lihat Aliff Aziz & Bella Astillah Sebagai ‘Loving Couple’ Ketika Di GV - “Saya Percaya Setiap Orang Ada Ujian…”

gempak
06/05/2024
00:55 MYT
Nabil harap semua orang doakan Aliff & Bella.