,
Gegar Vaganza All Star

"Saya Harap Dia Akan Teman Setiap Minggu" - Aliff Aziz Gembira Bella Astillah Datang Sokong GV10

Amri Hassan
11/10/2023
09:55 MYT
Bintang juara All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Aliff Aziz akui gembira dengan kehadiran isteri tercintanya, Bella Astillah menyaksikan persembahannya pada konsert ketiga Ahad lalu.
Jelas Aliff, Bella sebelum ini tidak dapat menemaninya sepanjang beraksi di ASGV memandangkan jadual kerja yang padat.
"Ini kali pertama dia hadir sebab jadual kerjanya sangat padat minggu-minggu sebelum ini.
"Apabila dia hadir ke belakang pentas dan beri semangat, itu sangat membantu saya secara keseluruhan. Sebenarnya itu yang selalu dia buat sejak GV8," katanya kepada Gempak.
Akui Aliff, kehadiran Bella sedikit sebanyak mengubati rasa 'cemburunya' kepada bintang juara lain yang turut ditemani isteri sepanjang bertanding.
"Perasaan memang lain bila dia hadir. Beberapa minggu sebelum ini saya lihat Hady Mirza dan Ayai Ilusi ditemani isteri masing-masing.
"Tidaklah cemburu tetapi momen sebegitulah yang saya lalui pada GV8 (ditemani Bella).
"Bila dia hadir minggu ini (Ahad lalu), saya rasa akhirnya! Malah terdetik dalam hati ‘saya pun ada! (isteri menemani).
"Saya juga harap dia akan teman setiap minggu selepas ini, insya-Allah. Dia pun ada maklumkan, jika tiada kekangan kerja, dia pasti akan hadir," ujarnya.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bella Astillah & Risteena Munim Bergambar Atas Satu Pentas, Reaksi Puteri Sarah Pula Yang Dapat Perhatian Netizen - "Muka Sarah Tak Cover Langsung"

gempak
20/08/2024
04:55 MYT
Tular di platform TikTok memaparkan beberapa artis wanita terkenal yang meniaga di Absolut Food Fest Singapura selama tiga hari.
Hiburan

Lagi Sekali Difitnah, Ibu Aliff Aziz Mahu Utamakan Kehidupan Tanpa Fikir Orang Lain - “Saya Sangat Terhibur Dengan…”

gempak
19/08/2024
01:55 MYT
Lagi sekali ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza berkongsi paparan skrin sebuah artikel yang menuduhnya menghina bekas menantu, penyanyi Bella Astillah.
Hiburan

Dituduh Nak Tuntut Seorang Cucu, Ibu Aliff Aziz Mahu Bertemu Dengan Pemfitnah - “Saya Ingin Tahu Dari Mana Dia Dapat Info Fitnah”

gempak
16/08/2024
04:59 MYT
Ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Siti Hafiza meluahkan rasa berang apabila mengetahui terdapat akaun TikTok yang menyebarkan fitnah terhadapnya.
Hiburan

Muaz Zabir Berteka-Teki, Biar Netizen Buat Andaian Siapakah Pemilik Tangan  – “Kalau Bella Sekali Pun, Dia Bukan Isteri Orang Lagi”

gempak
13/08/2024
03:25 MYT
Pelakon Muaz Zabir tampil memberi respons terhadap dakwaan netizen yang mengatakan individu di dalam klip rakaman video yang tular di TikTok adalah pelakon Bella Astillah.
Hiburan

Bella Astillah Maklum Aliff Aziz Tiada Hubungi, Tanya Khabar Anak-Anak Selepas Bercerai – “Tak Ada Langsung”

gempak
12/08/2024
07:55 MYT
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mengakui ramai pihak terutamanya netizen sudah jemu dengan kisah masalah rumah tangganya bersama bekas suami, Aliff Aziz.