,
Laman Utama

“Nasib Baik Saya Belum Masuk Muzium” - Penantian 15 Tahun Berakhir, Linda Nanuwil Muncul Single Baru!

Hanafis Haris
03/02/2021
03:20 MYT
Penantian penyanyi kelahiran Sabah, Linda Nanuwil selama hampir 15 tahun berakhir apabila dia kembali muncul dengan single terbaharu bertajuk Ikhlaskan Hatimu.

Menurut Linda, dia bersyukur dan pada masa sama gembira apabila dapat mengeluarkan lagu baharu terutamanya dalam tempoh pandemik yang serba mencabar ini.

“Perasaan terharu dan gembira sangat. Sebab almost 15 tahun juga la linda tiada lagu baru since last single dan album Jika Kau Kekasih dulu.

“Nasib baik Linda belum masuk muzium,” katanya berseloroh.

Ditanya sama ada dia bimbang dengan penerimaan peminat, Linda menjelaskan dia meletakkan kepercayaan terhadap lagu hebat ciptaan Ajai itu.

“Gementar tu memang ada ye lah dah 15 tahun, apa agaknya reaksi peminat.

“Tapi Linda yakin pada kebolehan abang Ajai sebab lagu-lagu dia memang best terutama lagu Linda, Jika Kau Kekasih tu.

“Sampai sekarang peminat masih dengar dan suka lagu tu. Lagipun lagu baru ini penulis liriknya Lukhman S, memang gabungan yang mantap,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Video muzik lagu Ikhlaskan Hatimu telah pun dilancarkan pada 29 Januari lalu.

Anda boleh tonton video muzik tersebut di bawah.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ajai Kongsi Video Hafiz Suip Bukan Sebab Nak Raih Perhatian - “Saya Tak Nampak Dia Nak Tinggalkan…”

gempak
17/09/2024
11:55 MYT
Penyanyi dan komposer terkenal, Ajai menjelaskan perkongsian video penyanyi Hafiz Suip sebelum ini bukanlah untuk meraih perhatian netizen.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ajai Ulas Kemenangan Farhan Mustapha - “Pada Awal Saya Tak Nampak Lagi Kekuatan Dia, Ia Betul-Betul Nampak Bila…”

gempak
16/09/2024
08:25 MYT
Juri Gimme The Mic Malaysia Ajai mengakui bukan mudah untuk menilai setiap peserta dan finalis yang bertanding.
Hiburan

Nina Ismail Sabri Bakal Nikah Dalam Masa Terdekat? - #GoodByeSingleNina”

gempak
10/09/2024
08:55 MYT
Bekas isteri kepada pereka fesyen Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri mencuri perhatian ramai apabila bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: 10 Peserta Ke Pentas Akhir, Langkah 2 Peserta Terhenti… Jom Semak Markah Penuh Minggu Separuh Akhir

gempak
08/09/2024
20:55 MYT
Peserta Farhan Mustapha unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu Separuh Akhir Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
Hiburan

Vibes Galau & Melodi Menyentuh Hati, Lagu Baru One Avenue Band Boleh Buat Pendengar Menangis - "Ia Tentang Pasangan Tak Setia"

gempak
04/09/2024
17:58 MYT
One Avenue Band muncul dengan single baharu berjudul Jangan Pergi.