Laman Utama

“Saya Tahu Masih Terlalu Awal Mengharapkan Cinta Agung” - Pencarianku Taruhan Terbaru Aisha Retno!

gempak
Hanafis Haris
03/04/2022
05:57 MYT
Sponsor Banner
“Saya Tahu Masih Terlalu Awal Mengharapkan Cinta Agung” - Pencarianku Taruhan Terbaru Aisha Retno!
Takrifan cinta agung pasti berbeza untuk setiap orang. Curahan atau pengalaman cinta datang dari pelbagai sudut.
Hakikatnya, cinta pertama juga bermula dari rumah atau ibu bapa sejak kita dilahirkan sekali gus membekas kukuh dalam hati.
Ilham itulah juga yang menjadi tunjang utama penghasilan lagu baharu Aisha Retno berjudul Pencarianku.
Lahir daripada keluarga yang cukup dilimpahi berkat dan kasih sayang, Aisha menyifatkan dirinya cukup bertuah.
Mana tidaknya, dia sendiri melihat betapa agungnya cinta antara ibu dan bapanya meski sudah berpuluh tahun hidup bersama.
Tiada sehari pun dalam kehidupan mereka tidak ditumpahi kasih sayang dan belaian.
“Sebagai seorang anak, saya melihat cinta dan kasih sayang yang dipaparkan ibu bapa terlalu agung.
“Saya cukup kagum dan menjadikan corak percintaan mereka pedoman untuk mencari cinta buat diri-sendiri pada masa hadapan.
“Saya tahu masih terlalu awal dan saya pun muda lagi untuk mengharapkan dapat bertemu cinta agung seperti mereka.
“Tetapi, saya percaya hal itu tidak mustahil dan mampu melihat curahan kasih sayang begitu ditumpahkan kepada saya sebagaimana dilakukan mereka.
“Dari kisah mereka jugalah yang menjadi ilham utama untuk menghasilkan Pencarianku,” katanya.
Tambah Aisha, secara keseluruhan, lagu ini berkisar mengenai dirinya yang masih dalam misi mencari cinta paling sejati menyamai kisah ibu bapa.
Bekerjasama dengan komposer Sharon Paul, Aisha cukup gembira dapat tunjuk ajar daripada figura yang cukup profilik dalam industri muzik tempatan itu.
Baginya, tiada lain yang disyukurinya selain berkongsi ilmu dengan Sharon.
“Sewaktu saya hantar rakaman asal lagu ini kepadanya, saya memberikan kepercayaan penuh untuk Sharon ubah mana yang patut.
“Saya percaya dengan sentuhan magisnya untuk semarakkan lagu aura lagu itu.
“Bagaimanapun, tidak banyak yang beliau ubah sebenarnya. Dia cukup profesional dan menghormati kehendak asal lagu itu menyebabkan saya tersentuh kerana dia terbuka dengan corak karya saya.
“Apapun, bekerja dengannya secara keseluruhan membuatkan semangat saya jadi lebih berkobar. Sikap cukup profesionalnya terserlah dan menjadikan proses itu jadi lebih santai namun teliti pada masa sama,” katanya.
Single ‘Pencarianku’ boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Spotify, Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Youtube & Youtube Music.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live