Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Wow! Nampaknya Meerqeen ‘Artis Kacak TerGempak 2020’ Pilihan Pembaca Gempak!

Fiza Kamarudin
30/12/2020 14:29 MYT
Wow! Nampaknya model dan pelakon Meerqeen menjadi pilhan sebagai ‘Artis Kacak TerGempak 2020’ berdasarkan undian pembaca.

Pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2020 yang memiliki paras persis jejaka Korea ini menewaskan gandingannya dalam drama bersiri Angkara Cinta, Hun Haqeem dengan perbezaan sebanyak 39,305 undi.

Undian yang dibuka sejak 18 Disember lalu itu juga meletakkan pelakon dan juri Muzikal Lawak Superstar Musim Kedua, Zul Ariffin di tempat ketiga dengan undian sebanyak 19,685 (12.33 %).

Dikuti pelakon Aeril Zafrel yang juga pelakon utama dalam drama bersiri Tercipta Satu Ikatan bersama Hannah Delisha yang sedang ditayangkan di Astro Ria mendapat undian sebanyak 8,587 (5.38 %) oleh pembaca Gempak.

Sementara itu Adam Lee dan Yusof Bahrin menjadi pilihan kelima dan keenam pembaca sebagai Artis Kacak TerGempak 2020 sebanyak 7,672 (4.80 %) dan 7,268 (4.55 %) undian.



Untuk melihat keputusan penuh, anda boleh baca senarai pemenang di bawah:

BACA: Tok Ti, Azfarheri, Iman Troye Antara Yang TerGempak 2020! Ini Keputusan Penuh…

Foto: Instagram Meerqeen

#Meerqeen #Artis Kacak TerGempak 2020 #Gempak Most Wanted 2020 #Pilihan Pembaca #Gempak Most Wanted 2022