gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Keluarga Ireland Sanggup Beli Snek Malaysia Harga Hampir RM8 Sepeket - “Anak Saya Suka Super Ring”
HIBURAN
Asian Pop Stars Bakal Cipta Bintang Bertaraf Dunia, Lapan Finalis Dilatih Di Akademi Antarabangsa
SUKAN
Kejohanan Badminton Allianz Media 2025: Pasukan Astro Muncul Naib Juara
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2024

#GMWA24: Tak ‘Target’ Untuk Menang, Amin Abid Hanya Mahu Enjoy - “Yang Penting Kami Sudah Dapat…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
24/01/2025
02:55 MYT
Sponsor Banner
#GMWA24: Tak ‘Target’ Untuk Menang, Amin Abid Hanya Mahu Enjoy - “Yang Penting Kami Sudah Dapat…”

Pencipta kandungan, Amin Abid akui terkejut apabila berjaya tercalon dalam dalam Top 5 Content Creator (Lifestyle) di Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA2024).

Jelas Muhammad Amin dan Muhammad Abid Othman,25 mereka hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang sudah mengundi bagi meloloskan mereka tebus ke Top 5.
"Perasaan tak sangka dan sangat terharu.
“Lebih-lebih lagi tercalon dalam top 5. Kami sendiri tak sangka akan ada orang undi kami sampai ke tahap ini. terima kasih sangat-sangat sebab undi kami,” kata pasangan kembar tersebut.
Meskipun berjaya merangkul anugerah Content Creator (Lifestyle) Tergempak pada edisi lepas, pasangan kembar yang mendapat jolokan Phineas and Ferb itu juga tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi untuk pencalonan kali ini.

"Macam kami cakap tahun lepas kami tak fikir untuk menang tapi kami nak enjoy sahaja. Sebab kalau kami enjoy kalah menang itu sudah jadi nombor dua.

“Yang penting kami sudah dapat satu pengalaman sebab nak sampai tahap ini bukan mudah ramai yang mahukannya, jadi ini juga sudah satu rezeki untuk sampai ke tahap ini,” kata mereka.
Amin Abid berjaya tercalon dalam kategori Content Creator (Lifestyle) bersama Afie, Fikri Zamri, Nor Padillah dan Rasyidineedyou.
Undian fasa kedua, atau pemenang utama bagi setiap kategori boleh dilakukan di laman rasmi www.gempakmostwantedawards.com bermula 15 Januari 2025, jam 6 petang sehingga 23 Februari 2025, jam 12 tengah hari.​
Topic Berkaitan
#Pempengaruh
#Pencipta kandungan
#Amin Abid
#Gempak Most Wanted Awards 2024
#GMWA2024
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement