Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#GMW: Rossa Sporting, Sean Lee Selamba Usik -“Nanti Saya Kena Jawab Dengan Afgan”

Mya Amri
28/06/2023 11:50 MYT
Minggu ini program hiburan dan paling trending, Gempak Most Wanted agak istimewa kerana menampilkan edisi artis Indonesia.

Mekispun kali ini pengacara Gempak Most Wanted iaitu Sean Lee berseorangan namun jangan bimbang, edisi kali ini juga pasti menyeronokkan.

Malah Sean juga akan menemani anda dalam dalam semua segmen trending minggu ini.

Minggu ini juga dapat menyaksikan Datuk Seri Rossa hadir ke Gempak Most Wanted sebagai tetamu jemputan.

Paling lucu apabila Rossa sangat sporting melayan gelagat Sean yang gemar menyakatnya.

Ketika ditemu bual, Rossa memaklumkan bakal muncul dengan album terbaharu berjudul Rossa Another Journey The Beginning.

Tambah Rossa lagi album tersebut dibuat ketika musim pandamik bermula tahun 2020 hingga 2022.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


Tidak cukup dengan itu, Gempak Most Wanted minggu ini juga menghidangkan sedutan konsert-konsert hebat artis Indonesia yang pernah berlangsung di negara ini.

Nak tahu apa lagi yang menarik? Eh kena lah tonton Gempak Most Wanted malam ini guys.

Saksikan Gempak Most Wanted, setiap Rabu jam 11 malam di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Gempak Most Wanted juga boleh distrim di Astro Go.
#Rossa #Sean Lee #Datuk Seri Rossa #Gempak Most Wanted #GMW #GMW Special