Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Artis Korea

“Ada Babak Dalam Bilik Mandi Yang…”- Joo Won Komen Adegan Tayang Badan Dalam Drama

Mya Amri 24/09/2020 | 15:15 MYT
Pelakon Korea Joo Won akui tidak berapa menyukai babak yang memerlukan dirinya untuk menayangkan bentuk badan.
Menurut Joo Won, babak itu membuatkan dia berasa kurang selesa untuk mendedahkan bentuk badannya.
Bagaimanapun disebabkan tuntutan watak, dia berjaya melakukan babak tersebut.
“Dalam Alice, ada satu babak di bilik mandi yang memerlukan saya membuka baju.
“Secara jujurnya saya tidak menggemari babak yang memerlukan saya untuk menayangkan sebahagian badan apatah lagi membuka baju.
“Kerana saya akan lebih cenderung untuk memikirkan tentang bentuk badan saya berbanding fokus dengan lakonan.
“Disebabkan itu juga saya akan melakukan senaman setiap kali pihak produksi drama mengadakan perbincangan antara mereka.
“Oleh sebab mereka mencadangkan babak tersebut, saya perlu berusaha sedaya upaya dengan melakukan senaman lebih kerap.
“Saya juga ada menerima beberapa komen sama ada babak itu terlalu berisiko untuk saya atau pun tidak,” jelasnya.
Terdahulu, Joo Won merupakan artis Korea yang pernah menjadi fenomena disebabkan lakonan hebatnya menerusi drama Good Doctor pada tahun 2013.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Soompi
#Artis Korea #Joo Won
;