Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Aibnya Kantoi! Choi Sung Bong Tipu Hidap Kanser, Kini Alami Kemurungan – “Saya Mohon Maaf…”

Mya Amri
01/11/2021 15:07 MYT
Penyanyi Korea yang juga merupakan bintang Korea’s Got Talent, Choi Sung Bong membuat permohonan maaf secara terbuka selepas kantoi menipu menghidap penyakit kanser.

Dalam kenyataan surat permohonan maafnya, Sung Bong menyatakan rasa kesal kerana berlakunya kekecohan sosial disebabkan kontroversi tersebut.

Bagaimanapun jelas penyanyi itu, dia telah di diangnosis mengalami gangguan kemurungan utama (major depressive disorder) dan gangguan tekanan selepas trauma (post-traumatic stress disorder).

“Saya dengan tulus ikhlas ingin memohon maaf kerana menyebabkan pergolakan sosial dan kekecewaan besar atas kontroversi 'kanser palsu Choi Sung Bong' seperti yang dilaporkan media.

“Saya mempunyai gangguan kemurungan utama dan gangguan tekanan selepas trauma, tetapi diagnosis kanser tiroid, kanser kolorektal, kanser prostat, dan kanser paru-paru, hati dan buah pinggang semuanya palsu.

“Saya telah diberi jolokan 'ikon harapan' sejak 10 tahun lalu Korea's Got Talent ditayangkan pada tahun 2011.

“Saya memohon maaf setulusnya kepada pesakit kanser yang masih hidup dalam kesakitan. Saya juga memohon maaf kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang akibat kanser.

“Sehingga kini, saya telah bertahan dengan mengambil ubat psikiatri setiap hari selama sepuluh tahun dengan satu-satunya keinginan saya untuk menyanyi. Tetapi pada hakikatnya, hidup saya adalah neraka. Saya hidup setiap hari dengan kemurungan.

“Saya amat berterima kasih dan memohon maaf kepada semua yang telah menjaga saya selama 10 tahun yang lalu.

“Saya berharap anda boleh mempercayai keikhlasan yang saya miliki tentang keinginan saya untuk menyanyi.

“Saya tidak akan melepaskan impian saya untuk menyanyi. Saya akan muhasabah diri dengan apa yang berlaku.

“Saya kini bekerja di sebuah restoran tempatan dalam usaha untuk membayar balik sumbangan yang telah saya terima,” jelasnya.

Sebelum ini, Sung Bong berkongsi bahawa dia telah disahkan menghidap pelbagai jenis kanser yang merebak ke seluruh tubuhnya pada Januari lalu.

Dengan menggunakan simpati orang ramai terhadap dirinya, penyanyi itu kemudiannya menubuhkan kutipan dana untuk mengumpul wang bagi album terakhir dan juga kerjaya nyanyiannya.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian wartawan Lee Jin Ho mendakwa naib juara bintang Korea's Got Talent itu membuat kenyataan palsu mengenai masalah kesihatannya.

Bermula dari situlah wartawan tersebut membuat pendedahan mengenai pembohongan Sung Bong.

Jin Ho mendakwa Sung Bong telah memakai gaun hospital palsu serta memalsukan rekod hospitalnya.

Selepas mendapat perhatian kerana tindakan negatifnya itu, Sung Bong kemudiannya cuba untuk membuktikan tentang kebenaran penyakitnya (kanser) dengan membuat keputusan melakukan siaran langsung yang merakamkan dirinya berada di atas jambatan sebelum sempat diselamatkan oleh kakitangan keselamatan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Sumber / Foto : Koreaboo

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!

#Mohon Maaf #Artis Korea #Kanser #Kemurungan #Gempak Chingu #Artis Korea Mohon Maaf #Choi Sung Bong #Kantoi Menipu #Tipu Ada Kanser
;